Thursday 17 July 2014

Mee Goreng Mak Mok....

Assalam...
Hari ini buat ulang tayang nak buat Mee Goreng Mak Mok.  Bukan permintaan dari sesiapa, tapi nak antar ke surau, giliran tingkat kami untuk antar juadah berbuka puasa hari ini.  Orang macam saya ini mana nak dapat sediakan juadah yang canggih2, dengan skill yang tak seberapa ditambah dengan masa nak masak tu ciput.  Kitchen betul2 jadi like a hell nanti.  Jomlah share resepi Mee Goreng Mak Mok yang saya kutip daripada Kak Uda (Salbiah) nun jauh di JB sana.  Kak Uda antara orang yang memberi kesan untuk saya belajar memasak.  Saya tak tolong masak pun, tolong2 kupas bawang jer, tu pun dan sedih bebenor, nangis rupa orang kena dera.

MEE GORENG MAK MOK
Sumber: Kak Uda (Salbiah Abdul Samad)

Bahan-bahan
1 pkt mee kuning (anggaran 1kg)
2 biji telur
2 sudu cili boh
2 biji tahu - tumbuk lumat
1 ikat sawi - bersihkan dan siang
2 biji tomato - potong baji
100 gm isi udang
100 gm isi sotong
100 gm isi ayam
3 ulas bawang putih - blend
3 biji bawang merah - blend
garam, gula
kicap manis
kicap cair
minyak untuk menumis

Untuk Hiasan
Hirisan telur dadar, cili merah, limau nipis, tomato, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Cara Penyediaan
*  Tumiskan bawang blend hingga kekuningan, masukkan cili boh. tumis hingga naik minyak.  Pecahkan telur dan biar hingga telur masak baru kacau.
* Masukkan tahu, isi ayam, sotong dan udang.  Masukkan kicap cair, kicap pekat, garam, gula dan perasa.  Boleh letak sedikit air kalau nakkan mee goreng yang basah-basah.
* Masukkan sayur, kacau.  Masukkan mee dan kacau untuk sebatikan.  Dah sebati boleh angkat dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.
Nak makan tunggu azan magrib yek, kan hari ini kita semua berpuasa.  Harapnya mee goreng ini, dapatlah diterima oleh tekak orang surau untuk berbuka puasa nanti.  In Sha Allah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment