Tuesday 8 July 2014

Pengat Pisang Bondaku...


Assalam..
Hari ini dah masuk hari ke-10 dalam bulan ramadhan.  Semalam imam solat teraweh di tempat saya tu menyampaikan tazkirah pendek berkenaan ibadah puasa;

Nabi bersabda: Telah diberikan kepada umatku 5 kelebihan, yang kelima kelebihan ini tidak diberikan kepada umat2 selainnya - hadith Nabi s.a.w. di dalam kitab Musnad Imam Ahmad.
 
1. Aroma yang keluar dari mulut orang yang berpuasa, disisi Allah adalah lebih wangi daripada kasturi.

2.  Para malaikat sentiasa beristigfar untuk orang yang berpuasa hingga dia berbuka.

3. Allah memerintahkan kepada syurga setiap hari untuk berhias secantik mungkin, mempersiapkan dirinya untuk menyambut para saa'imiin. 

4. Allah memerintahkan kepada semua jin dan syaitan untuk dikekang di api neraka.  Jin kafir dan syaitan yang bentuk tubuhnya dikurung Allah sepanjang Ramadhan tetapi jangan lupa, selama 11 bulan, syaitan telah melatih penolongnya yang terdapat dalam diri manusia dalam bentuk hawa nafsu.

5. Ibadah pada bukan ini dilipat gandakan oleh Allah pahalanya yang tidak dilipat gandakan pada hari2 lain selain Ramadhan.

Semoga kita adalah antara umat nabi Muhammad SAW yang mendapat kelebihan yang dimaksudkan itu.  
Sebelum puasa hari itu ada buat pengat pisang yang macam mak saya selalu sediakan.  Pisang mentah yang dibeli plan mulanya nak buat lain, tapi dah tak sempat dan terlebih masak.  So nak menyelamatkan pisang tu dari terbuang buatlah pengat.  Teringat mak yang suka masak banyak-banyak dan boleh dinikmati berulang-ulang oleh ahli keluarga dan tetamu.  Ada ketikanya bila tak habis, mak akan sumbat pengat dengan periuk sekali masuk dalam peti ais.  Sib baiklah peti ais dia besar dan periuk belangga dia semua licin berkilat macam baru beli.
 
Pengat Pisang Bondaku
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
Pisang masak - boleh guna pisang abu / nangka / raja
Sago mata ikan - basuh dan toskan
Santan 
Gula merah - kalau nak pengat warna putih guna gula pasir
Daun pandan - simpul
Garam sedikit.

Cara Penyedian;
1. Rebuskan pisang bersama daun pandan dengan santan cair.  Bila dah mendidih masukkan sago dan gula merah.
2. Letak sedikit garam, bila masak pisang dan sagu masak masukkan santan pekat.
3. Sambil kacau biarkan mendidih sekejap.  Hidangkan ketika suam atau ketika sejuk.
Pada sesiapa nak buat untuk berbuka puasa bolehlah cuba.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment