Monday 14 July 2014

Rama-Rama Hijau.

Assalam...
Saya tak tahu nama saintifik rama-rama ini, sebab warna hijau saya panggil ler ikut warna tu.  Mula-mula hinggap kat kaki, terbang hingga kat langsir pulak.  Entah mana datangnye, nak kata terbang mencari debunga, rumah takde sebarang pokok pun.  Kepak sebelahnya pula dah cacat dan terkoyak.
Orang tua-tua kata, kalau ada rama-rama masuk rumah, rezeki nak datang atau orang nak masuk meminang.  Entahlah sejauh mana kebenaran cerita dongeng tu kan?  Abis kalau satu rumah pelihara rama-rama?  memanglah rezeki sebab orang masuk kena bayar nak tengok rama-rama cam di Butterfly Farm kat Penang nu.  Biarkan jerlah dia menikmati hari-harinya.
Keesokkan hari ketika menyapu lantai, jumpa bangkai rama-rama hijau bi bawah katil..begitulah pengakhirannya, walaupun hidup sementara namun sempat memberi warna dan keindahan untuk dinikmati oleh insan lain.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment