Sunday 6 July 2014

Sungkai Hari ke-7

Assalam...
Bulan ramadhan ini dah macam food galore lah pulak, sana sini cerita menu buka puasa, menu sahur, berbuka kat mana, masak ke beli?...Apa-apa pun jangan kita lalai dari mengejar ganjaran ibadah yang dijanjikan pada bulan mulia ini..
Fruits of the day - honeydew @ tembikai susu.  Kenangan suatu masa dulu pernah order jus honeydew, orang tu tak faham jadi saya cakaplah jus tembikai susu kat satu kedai tu. Dia wat tembikai merah campur susu pekat, glurp...orang sebelah saya pula cakap mana boleh minum tembikai campur susu.   Sabar jelahkan...orang macam-macam ada.
Untuk sahur, masak tempoyak ikan siakap.  Belasah jer letak timun muda sebab tak jumpa yang tuek.
Brokoli dengan cendawan
Semoga esok masih diberi kesempatan untuk berpuasa dan solat teraweh.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment