Friday 11 July 2014

Warna Warni Perkahwinan Masyarakat Bugis Di Sulawesi (Tanah Ogi)

Assalam...
Skip daripada cerita berbuka dan sahur dibulan Ramadhan.  Jom layan suasana kenduri kahwin orang Bugis di Sulawesi atau lebih dikenali sebagai Tanah Ogi (Tanah Bugis).  Majlis kenduri mereka bermula seawal 10 pagi hingga tengah malam.  Setiap tetamu yang datang akan dipersilahkan untuk mejamu selera secara berperingkat.  Mula-mula menikmati hidangan manis kuih-muih yang diletakkan di tempat khas di panggil bosara'.  Bosara hanya akan disediakan pada waktu pagi hingga petang, mereka akan pastikan stock kuih boleh menampung jangka waktu tersebut.
Pelamin ringkas atas rumah disebut jugak sebagai Walasoji, digunakan untuk majlis mappaji (secara harapiahnya maksud memakai inai, tetapi tujuannya adalah adat membersihkan).  Majlis ini diadakan sebelah malam sebelum majlis bersanding keesokkan hari.
Adat membaca.  Orang alim akan membaca makanan yang diasingkan khas sebelum majlis bermula.  Setiap menu yang disediakan akan diasingkan terlebih dahulu akan diambil daripada (batch pertama/permulaan ketika memasak).  Jumlah atau banyak mana mengikut kehendak portion tuan rumah. 
Ini antara hidangan kuih muih yang disediakan untuk tetamu, semua terdiri daripada kuih basah.
Ini juga.  Minuman adalah air teh O atau kopi O.
Selepas menikmati manisan, tetamu akan dipersilahkan untuk menikmati hidangan utama (nasi dan lauk pauk) secara buffet atau berhidangan.
Close up tengok apa lauknya.
Selepas menikmati hidangan utama, tetamu akan diberikan pula dengan kuih kering (biskut raya) atau ketika tetamu menunggu kedatangan rombongan pengantin.
Sempat menyelinap masuk ke dapur, snap2 makanan mereka.  Banyaknye kuih dalam display almari tu.
Lauk kenduri untuk siang hari dan jugak malam, sebahagian ada yang sedang disediakan.
Antara tetamu yang hadir pada hari majlis kenduri, sedang membantu dalam penyediaan hidangan untuk majlis di sebelah malam pula.
Tetamu yang menunggu kedatangan pengantin
Para penjemput tetamu terdiri daripada orang dewasa atau kaum kerabat mengambil tempat masing-masing di hadapan pintu gerbang.
Ketibaan pengantin, pengantin perempuan hanaya akan menunggu di dalam kenderaan sehingga ibu atau wakil pengantin lelaki datang memimpin pengantin keluar.
Kelihatan ibu pengantin memimpin pengantin perempuan.
Pengantin perempuan akan berjalan dengan dipimpin oleh ibu pengantin lelaki di hadapan.
Tangan pengantin perempuan akan pimpin hingga ke dalam rumah dan didudukan di dalam pelamin walasoji.
Rombongan pengantin dipersilahkan untuk naik ke rumah atau ke dalam khemah.
Pengantin akan didudukan di dalam walasoji sebelum bersanding di pelamin sambil menunggu kaum keluarga selesai menjamah pemanis mulut di bosara.
Pengantin perempuan dengan persalinan baju adat yang sarat dengan aksesori.
Tetamu dari sebelah pihak akan diraihkan dan dialu-alukan untuk menikmati hidangan di bosara.
Pelaminan yang sangat gah dengan hiasan dan warna yang terang.
Parabola dalam khemah.
Suasana dalam khemah dan tempat tetamu menjamu selera.
Tong passolo' (sumbangan / ang pau / salam kaut), tong yang amat berharga.  Tetamu akan memasukkan passolo mereka ke dalam tong ini sebelum bersalaman dengan pengantin.
Di sebelah kiri pengantin adalah tempat duduk lelaki terdekat pengantin (bapa, abang atau bapa saudara), dan di sebelah kanan tempat duduk wanita pengantin (ibu, ibu saudara atau kakak).
Lelaki yang membelakang itu sedang memasukkan passolo ke dalam tong.  Ketika tetamu hendak naik ke pelamin, pengantin dan semua kaum keluarga yang berada di atas pelamin akan berdiri sebagai tanda hormat.
Tetamu akan bersalam dengan pengantin sambil memberi ucapan selamat dan nasihat kepada kedua pasangan.
Yang ini nak panggil flower girl atau pengapit atau dayang-dayang.  Yang pasti mereka gelarkan sebagai paseppi bermaksud pengapit.
Ada band untuk hiburkan tetamu, tapi saya tak terhibur pun dengan yang ini, pekak telinga i....majlis malam kami tak pergi sebab hujan lebat.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment