Wednesday 20 August 2014

Batu Sapi Heritage Park, Sandakan

Assalam...
Satu tempat yang sejak dari kecil hanya dengar kawan-kawan dan orang sekeliling bercerita tentangnya.  Seketul batu yang menyerupai seekor sapi, yang sinonim dengan nama tempat itu sebagai Batu Sapi.  Namun tak berkesempatan untuk melihat sendiri, hanya mendapat gambaran daripada penceritaan dan melihat gambar kawan-kawan mahupun ahli keluarga yang telah berkunjung.  Nak kata jauh, tak jauh sangat.  Nak kata tak pernah sampai kawasan ini, pernah sampai.  Belum kehendakNya nak sampai.  Rupanya tunggu hari tua baru berjodoh nak pergi, itupun dah di up grade menjadi heritage park tempat ini.  Sudah ada  jalan konkrit sampai ke bangunan reception, laluan pejalan kaki hingga ke pelantar tinjauan.  Kalau ikut gambaran orang dulu-dulu, pengunjung kena berjalan kaki dari simpang luar sebab memang tiada public transport ke sini, melalui jalan tanah merah.   Pengunjung boleh berjalan sehingga ke batu itu (agaknya pantai dulu masih bersih) dan ada yang meletakkan tangga untuk memanjat hingga ke atas.
Kini dah ada pelantar, saya tinjau dan terjah jer dari situ.  Agak susah bagi orang seperti saya ini nak pergi menyentuh batu itu dek membayangkan selut dan timbunan sampah sarap yang bertimbun di tepi pantai.  Sebenarnya tempat ini agak tersorok daripada jalan besar, terletak di kawasan industri, kedudukannya betul-betul berada di belakang kilang papan dan berdekatan dengan stesen janakuasa elektrik.

Inilah stesen janakuasa batu sapi yang supply elektrik untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).  SESB pula salurkan bekalan elektrik ke seluruh daerah Sandakan.
Ada binaan di kawasan ini, tapi macam dah tergendala.  Agaknya nak di up grade sebagai kawasan rekreasi kot, sebab dari simpang jalan dah ada papan tanda, ada bangunan macam untuk reception, tapi kosong.  Bila dah up nanti for sure ada kutipan kan.  Sementara waktu ini, pelawat yang datang kena lalu di tepi bangunan tersebut.  
Sebab tak pernah sampai sini, kami terus ke laluan sebelah kiri yang mengunjur ke laut.   Cukup sampai di pertengahan jalan tapi, sebab was-was tengok ada orang kat hujung tu.
Dari arah tebing ini, batu tu tak jelas sangat bentuk sapinya.
Dari anjung tinjau ini baru nampak bentuk macam sapi.  Ini bentuk sapi jantan ke sapi betina???...
Dari batu inilah kawasan Batu Sapi mendapat namanya.
 Kaki belakang sapi....
Batu sapi yang tersergam berada di tengah-tengah kawasan teluk laut.  Mengikut mitos penduduk bongkah batu ini terjadi ketika seekor sapi yang disambar petir ketika bergelut dengan seekor buaya untuk meyelamatkan penduduk (nelayan) tempatan. 
Proses pasang surut air laut membantu membawa sampah dari kawasan perumahan terdekat dan termendap di kawasan pantai.  Suatu pemandangan yang sangat menyakitkan mata pengunjung.  Pandangan hanya perlu fokus pada batu sebab bila dah kalih ke lain, nampak sampah yang lebih menonjol.
Harap lepas ini, pihak berwajib ker, pihak developer ker, cepat-cepat selesaikan isu sampah ini.  Mungkin jaring penebat dari hujung teluk untuk menghalang sampah sampai ke kawasan ini.  Bila sesuatu hendak ditonjolkan sebagai ikon, tempat kenalah buat betul-betul kan, baru pengunjung puas hati dan promote pada orang lain pulak.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment