Sunday 28 September 2014

Di Daerah Saya.....

Assalam....
Tajuk entri macam tajuk YB yang nak masuk melawat kawasan.  Saya lebih suka namanya yang satu itu Elopura sebab membawa maksud bandar yang indah, lagi satu sebab sekolah saya pun sama nama "Elopura".  Tiada yang havoc atau kababommm di sini...slow-slow membangun mengikut peredaran masa.  Lebih lanjut baca sini ya.  Setakat nak shopping di giant, harbour mall, atau makan2 di secret recipe, kfc atau mc.d tiada hal,  tapi jangan cari yang lebih dari itu.  
Jalan raya yang menghubungkan kampung saya dengan kawasan lain.  Masih hijau walaupun hutan asal dah berganti dengan ladang kelapa sawit atau kebun-kebun.
Lapangan terbang adalah pintu masuk utama dan pengangkutan udara lebih efektif untuk sampai ke daerah saya.
Untuk orang luar register dulu, nak senang sila bawa pasport antarabangsa anda.  Jangan tanya saya kenapa? itu memang termaktub dalam undang-undang. 
Airport yang sedang rancak dalam proses renovasi.  Up grading semua tempat dan kawasan sekarang ini.
Bangunan yang hanya tinggal kenangan dalam gambar.  Tempat inilah paling happening bagi orang kampung dahulu kala.  Sepinggan mee goreng dengan telur mata kerbau dengan harga RM1.00, memang nostalgia..
Setakat ini hanya hotel Four Points by Sheraton yang paling best in town selain Sabah Hotel dan Sandakan Hotel. 
Pasar umum (pasar ikan) dan tempat pendaratan nelayan.
Pasar umum - hotel - mall terletak bersebelahan.
Orang kampung pun dah pandai berseminar, berkonferens segala.
Nama jalan dalam bandar dikenali dengan nombor, Jalan Satu, Jalan Dua, Jalan Tiga, Jalan Empat dan seterusnya.  
Begitu jugak dengan hari, orang daerah saya tak kata isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad.  Mereka sebut hari satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh.  . 
Kalau tarikh dalam kalender warna merah, mereka tak cakap hari kelepasan am, tetapi mereka kata hari besar / basar.
Bolehlah dikatakan ini sebagai signature dish selepas makanan laut.  Pisang goreng keju, keju tu baru2 ini aje, orang kampung pandai makan.  Bila dah pandai makan, pisang goreng pun nak letak cheese bedebah ini.  Rekomendasi tinggi untuk menternak lemak-lemak badan. 
Inilah rupa durian kita orang.  Dulu-dulu bekalan durian hanya diperolehi daripada hutan atau dari taik gajah (durian taik gajah).  Buah terap atau tarap namanya.  Sangat fragile kulitnya bila dah masak. 
Kalau sampai ke daerah saya ini, jangan lupa berkunjung ke pasar umum tuk membeli hasil laut yang kering mahupun segar, ikan bilis, udang kering, sotong, geragau dan ikan kering yang dah terkenal tu.
Pasar sim-sim merupakan pasar basah untuk pemborong.  Tapi pasar ini terkenal dengan gerai ikan bakarnya.  Orang kata sedap dan harga berpatutan.  Tang sedap tu saya tak tahu sedapnya tahap macamana sebab tak pernah rasa lagi ikan bakar di sini.  Selalu beli ikan dan bakar sendiri guna sabut kelapa.
Contoh jambatan di kawasan perumahan Kampung Buli Sim-Sim.  Salah satu yang tinggal kini dan agak tersusun berdekatan dengan bandar. 
Bumbung rumah-rumah di kawasan Kampung Buli Sim-Sim
Contoh rumah kampung atas darat, tinggi kan walaupun tak pernah dilanda banjir.  Kat bahagian bawah rumah (kolong) selalu ada pangkin, tempat tuan rumah dan jiran tetangga berkumpul santai-santai sambil bergosip.

Yang ini dah pernah cerita dalam entri yang lepas, Cik Pongo Pygmaeus dah terkenal saentero dunia, inilah kampung dan kehidupan mereka.




Last but no least, nikmati sinaran rembulan di tepian water front.  Sungguh indah ciptaan Tuhan bagi mereka yang pandai menilainya.  
Wassalam..

No comments:

Post a Comment