Sunday 7 September 2014

Sambal Tomato

Assalam...
Sebagai pelengkap gandingan pada sanggara peppe'.  Sebenarnya sambal ini boleh dimakan bersama nasi dan tambah enak dipadankan dengan sayur bening atau sambal untuk kapurung (ambuyat).
Sambal Tomato
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
2 biji tomato hiris atau bakar seketika.
1 inci belacan bakar
6 biji cili padi (suka lagi pedas, letak lebih)
garam
gula
2 biji bawang kecil hiris (optional)
1 sudu teh minyak masak (optional)

Cara Penyediaan
* Tumbuk belacan dan cili hingga lumat, masukkan tomato yang dihiris (kalau dibakar buang kulitnya).  Gesek sampai lumat dan perasakan dengan garam (sebab tak nak terpercik dan sedikit "M" jadi samba tomato saya buat ini  tak berapa lumat, nampak jelas tomato tu).  Sedia untuk dihidang.
*  Kalau nak letak hirisan bawang kecil dan titiskkan sedikit minyak pun boleh (tapi yang saya buat ini tak letak pun).
Sambal tomato yang kita buat ini menggunakan tomato fresh dan tidak melibatkan sebarang kaedha memasak, jadi tak boleh disimpan lama.  Sebaiknya sediakan ketika hampir waktu makan dengan kuantiti yang mencukupi supaya tidak membazir ya.
 Wassalam..