Saturday 13 September 2014

Sup Telur & Macaroni


Assalam..
Bila kena duduk sendiri, rasa malas nak masak beriya2, cukup semangkuk atau sepinggan lengkap nutrisi konon-kononnya.  Mula-mula nak buat sup telur campur dengan sayur jer sudah memadai. Tapi dalam tengah berencana tu timbul idea nak letakkan macaroni dalam sup.  Ini sebab teringat kesedapan sup udang kak soda yang diletak macaroni tu.  Okey jugak kan? ada macaroni sebagai sumber kabohidrat, telur sumber protien dan sayur ada vitamin & mineral.. Ok jadi begini hasilnya....
Sup Telur & Macaroni
Sumber: Kak Soda

Bahan-bahan
1 mangkuk macaroni  - goreng kekuningan
3 biji telur
1 lobak merah - potong kecil
1 kacang panjang - potong
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang merah - hiris halus
Cili padi (ikut kepedasan sendiri ye)
Bawang goreng 
Daun Sup / bawang
Garam & serbuk perasa (sesedap rasa)
Air
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara penyediaan
* Boleh gantikan telur tu dengan isi ikan, ayam atau udang.  Sayur pulak suka hati nak letak sayur apa (saya ikut stock yang ada jer).
* Macaroni tu goreng dulu hingga kekuningan, untuk mengelakkan kembang setaman (kembang macam hidung lembu) dalam sup dan rasa cruncy bila dimakan.
*  Tumis bawang hingga layu dan masukkan air.  bila dah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biar seketika, jangan kacau untuk menggelakkan telur pecah.  Kemudia masukkan sayur2an.
* Bila sayur dan masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tutup api, masukkan macaroni dn bolehlah dihidang bersama bawang goreng dan daun sup.  Kalau sediakan dalam kuantiti yang banyak, letak macaroni ketika hendak menghidang.
*  Sedap juga dimakan bersama sambal kicap.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment