Wednesday 15 October 2014

Bandara (Bandar Udara) Sultan Hasanuddin, Makassar

Assalam...
Entri last tentang Makasar akan datang kalau ada lagi itu mungkin cerita next visitlah, mana tau.., cover sikit tentang Bandara Sultan Hasanuddin ini.  Lapangan terbang atau airport, orang Indon sebut bandara (bandar udara), mula-mula dengar macam bunyi bendera pun ada.  Siapalah Sultan Hasanuddin ini? ada kaitan dengan sultan Sulu ker sultan Brunei?.  Glamor betul pergi ke mana-mana daerah mesti ada nama beliau diabadikan, nama universiti, nama bangunan, nama hospital dan yang paling banyak nama Sultan Hasanudin diabadikan untuk nama jalan.  Nak berkenalan dengan beliau silalah tanya pakcik google, tak koseh nak copy paste dah...hehehe. 
Jumpa statue Sultan Hasanuddin di tengah-tengah round about menuju ke airport.  Hensem tak, hensem tak?....gagah perkasa gitu..
Balai ketibaan di tingkat bawah.
Agaknya sebab penduduk terlalu ramai, maka pihak pengurusan lapangan terbang tak membenarkan mana-mana sedara atau kawan-kawan yang menghantar atau menjemput kita masuk hingga ke ruang kaunter check in misalnya. 
Had mereka setakat dekat ruang legar di luar sahaja.  Macam kita kat sini boleh hantar sedara atau kawan-kawan hingga ke pintu perlepasan.
So yang boleh masuk ke dalam tu hanya penumpang dan pekerja mereka.  Memang lengang tapi masih ada jugak yang buat promosi untuk kita terus keluarkan fulus.
Simbol perahu pinisi yang menjadi kebanggaan orang Makassar.
Toko-toko yang ada di balai berlepas.....
Tak sempat nak merasa makanan dalam tu, sebab buang masa kalut pergi tukar rupiah. Nasib baik ada seorang budak pekerja kat dalam tu tolong tunjukkan kat mana money changer yang terdekat.
Saya dah sediakan balance rupiah cukup2 untuk nak bayar airport tax, mana tahu...memang tak tahu yang airport tax dah naik....cissssssss...baru aja naik kata pekerja di kaunter tu.
Jadual untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Kepulauan Sulawesi berada dalam zon waktu WITA - Waktu Indonesia Tengah adalah sama dengan waktu di Malaysia GMT +8, jadi tak perlulah nak tukar2 jarum arloji (jam tangan) anda.
Ruang menunggu di dalam balai perlepasan, agak luas dan selesa.
Musholla, unisex ye.....pandai2lah ketika nak sholat.
Nama jer kecik, tapi muatlah orang yang segemuk-gemuknya boleh masuk.
Aeroprima syarikat pengendali makanan yang di hidangkan di dalam kapal-kapal terbang Indonesia.
Food service mereka pun ada perakuan halal dari Majelis Ulama Indonesia, salah satu agensi halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Di samping Garuda, Indonesia juga mempunyai syarikat penerbangan tambang rendah seperti Lion Air, Merpati, Sriwijaya, Kartika, TransNusa Air Service dan lain-lain.
Kiranya kemudahan di airport ini bagus, ada taraf2 international jugak.  Cuma yang sangat tak puas hati layanan dan muka kelat pegawai imegresen mereka.  Rasa nak hantar surat cadangan, suh jabatan antar pegawai mereka ke kursus senyum dan tatacara melayan orang terutama pelancong.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment