Saturday 4 October 2014

Masjid Nurus Salam, Palitakan Polman

Assalam...
Semasa berkunjung ke Pasar Palitakan, kami melintasi sebuah masjid yang terletak berdekatan selekoh.  Saya pesan pada sepupu untuk singgah dalam perjalanan balik untuk meninjau-ninjau keadaan masjid ini.  Kebanyakkan masjid di kawasan ini dibangunkan dan dibiayai oleh penduduk tempatan.  Ketika kami singgah waktu masih pagi, tak terjumpa seorang pun ajk masjid selain seorang penduduk kampung yang menumpang membasuh pakaian di bilik mandi.

Ruang untuk mengambil wuduk, ruang ini digunakan oleh jemaah lelaki dan perempuan.  Tiada tempat yang berasingan disediakan.  Pintu di sebelah kanan itu menuju ke bilik air. 
 Interior dalaman masjid.
Ruang solat utama, pagar hijau itu merupakan tanda pemisah antara ruangan solat lelaki dan wanita.
Keadaan ini biasa ye di mana-mana mussolah atau masjid di Indonesia.  Jarang masjid yang menyediakan ruang yang khas untuk wanita kecuali bangunan masjid didirikan lebih daripada satu tingkat.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment