Monday 27 October 2014

Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut

Assalam...
Ketika perjalanan balik dari Jengka 18 ke Batu Balai berhari raya hari itu, kami telah singgah di masjid yang terletak di persimpangan utama sebelum sampai ke Bandar Jerantut, Pahang.  Masjid yang dikenali sebagai Masjid Tengku Mahkota Abdullah, adalah masjid jamek yang baru bagi bandar Jerantut.   Masjid lamanya terletak di dalam bandar.  Ayat Asma Ul-Husna menghiasi pada setiap tiang dalam masjid.
Kami semua suka sebab dapat bersolat di sini, sebab selalunya mr.driver kami lebih suka untuk singgah di surau, musollah pam minyak atau masjid kecil kerana lebih senang dan mudah katanya.  Tak perlu berjalan jauh dan tercari2 tempat wuduk atau bilik air. 
Reka bentuk dalam kubah masjid, dan pertama kalinya tak terlihat sebarang lampu candelier yang tergantung yang selalu ada pada masjid-masjid utama di negara ini, sebaliknya hanya menggunakan lampu biasa yang bersaiz sederhana.
Masjid ini tidak bertingkat, oleh itu ruang solat lelaki dan wanita pada aras yang sama.  Namun pemisah antara ruang itu di dirikan dinding cermin dan dikemaskan dengan langsir.
Ruang wuduk dan tandas terletak di sebelah bangunan utama masjid.
Ketika kami singgah, jemaah dah agak lengang kerana mereka telah selesai menunaikan solat fardu maghrib.  Kemungkinan jugak kebanyakkan penduduk lebih gemar berkunjung ke masjid atau surau yang berdekatan memandangkan masjid ini agak jauh dengan kawasan perumahan.
Jauh yang saya maksudkan bukanlah terasing dari tumpuan orang ramai, namun agak jauh kalau dikira dari segi kebolehsampaian penduduk dengan berjalan kaki.  Lebih tepatnya memerlukan medium pengangkutan untuk sampai ke sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment