Saturday 11 October 2014

Nak Cerdik Makan "Budu"

Assalam...
tak ingat bila masa saya suka makan benda ini, sebab mak bapak aku memang tak ajar dari kecik.  Mereka pun tak kenal apa itu BUDU, selain maksud harafiah bunyi perkataan budu iaitu bongok atau benggo'.  Memang suka makan banda ini tapi tak boleh selalu, kena pantang sebab selalu terlajak jer selera.  Stock dah lama habis, sama ada lupa atau memang sengaja tak nak beli.  Satu hari mak mertua datang umah, tanya takdo budu ko? Alamak dah habis...so ini yang beli sedozen ini persediaan untuk ketika-ketika mertuaku datang berkunjung.  Alasan untuk mak mertua, jahat punya menantu....diri sendiri hantu budu.
Ini kawan satu tempat kerja tolong belikan, masa balik raya korban hari itu.  Baru dapat tadi, pastu bagi2lah rezeki ngan sapa yang sekapal denganku yang bukan orang sana.  Yang tak minat pun jadi minat dengar aku jual ubat, makan ini boleh cerdik, dibuat dari ikan, banyak omega.  Dari dulu lagi memang suka makan dengan 2 cap ini, cap "ketereh" ini (ketereh itu buah gajus atau janggus setengah orang kata), selain itu Katereh ini pun nama tempat di Kelantan (kampung salah seorang sahabat saya).  Takde yang cap "ketereh" makan yang cap limau pulak cuma tak sefofular ketereh ini.  Tapi sekarang banyak versi dah orang buat, budu pun dah kena up grade, value added..yang siap dengan cili dan asam limau pun dah tersedia, tinggal tuang ke dalam pinggan jer.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment