Monday 13 October 2014

Ujung Pandang Itu Makassar.

Assalam...
Nama Makassar ditukar menjadi Ujung Padang (1971) kemudian ditukar kembali kepada Makassar (1999). Namun kedua-dua nama ini masih diguna pakai hingga kini dan merujuk pada tempat yang sama.  Antara lain nama gelaran untuk Makassar adalah Kota Daeng atau Kota Anging MamiriDaeng adalah salah satu gelar dalam tingkat masyarakat di Makassar atau di Sulawesi Selatan pada umumnya.  Daeng membawa erti sebagai kakak atau abang yang digunakan sebagai menerangkan tentang nama gelaran, panggilan penghormatan dan panggilan umum.  Manakala "Anging Mamiri" pula bererti "Angin Bertiup" dan merupakan lagu asli di daerah Makassar yang sangat popular pada tahun 1960-an.
Hotel Singgasana, Makassar.
Gereja Toraja di Makassar.
Kota Makassar meliputi keluasan 199.26km dengan jumlah penduduk 1.6 juta orang dan merupakan bandar kelima terbesar selepas Jakarta, Surabaya, Bandung dan Medan. Kota Makassar didiami oleh pelbagai suku kaum seperti suku Makassar, Bugis, Mandar, Toraja, Buton, Jawa dan Cina.
Satu-satunya jalan bertol yang ada menghubungkan antara pusat bandar dan lapangan terbang di Maros.
Pengangkutan awam dalam kota yang utama adalah angkot, teksi, bentor dan beca.  Kalau nak selesa naiklah teksi sebab charge pun mereka guna meter.
Antara bank tempatan yang ada.
Puas saya fikir apa maksud IGD atau UGD tu, sebab setiap kali melintasi sesebuah hospital (Rumah Sakit) mesti nampak perkataan ini.  Cousin saya cakap itu, Unit Gawat Darurat.  Oh unit kecemasan rupanya.
Somba Opu, kawasan untuk shopping cenderahati / ole-ole hasil kerajinan orang Sulawesi.
Selain itu, sebenarnya Somba Opu adalah pusat ukiran dan penjualan emas yang terkenal.  Tukang ukir (palanro ulaweng) dan kedai emas serta logam memang tertumpu di sini.  
Kalau tak mampu beli emas permata, kita shopping jelah jajan-jajan.  Masa kami datang hari itu ahad, banyak kedai yang buka lambat dan tutup.
Cemilan / jajanan tempatan, yang bawah warna kuning tu adalah songkok tradisional "Songkok Bone".
Hasil tenunan tangan tempatan, kain sarung sutera asli.
Port Rotterdam, kompleks muzium yang menyimpan sejarah dan khazanah tentang kepulauan Sulawesi / Calebes.
Nama jalan bawah huruf roman tu adalah askara Bugis yang dikenali sebagai 'Lontara'.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment