Tuesday 30 December 2014

Cuti-Cuti Baik Kampung

Assalam...
Ini cerita seminggu awal sebelum banjir melanda, tanaman ayah semua nampak ok, tumbuh subur sama ada pokok yang lama atau yang baru ditanam.  Cuaca panas dan cerah secerah-cerahnya, langit membiru tak berawan.  Sesekali terlihat ayah tersengguk-sengguk atas kerusi roda ketika melepas lelah dari membersihkan rumput-rumput israel yang tumbuh meliar.  Bila bahagian kiri rumah dah bersih pindah ke bahagian kanan pula, seterusnya hadapan dan belakang rumah. 
Bunga mekar berkuntum-kuntum, si ulam raja pun bukan main tumbuh tinggi meraja.  Dalam belukar pucuk paku bersuka ria melepas pucuk masing-masing.

Koleksi terbaru dalam kebun, benih pokok betik taiwan kata ayah.  Dalam hati dapat tak merasa buah betik ini nanti.  In Sha Allah ada rezeki tak ke mana.
Tak dapat menahan tangan yang gatal mencabut daun nanas ini, sifat nakal zaman kanak-kanak masih ada lagi rupanya. 
Yang ini hanya mampu melihat dari bawa, kalau minta en.abe ambilkan, kejap lagi diajaknya jom kita pergi cari kat kedai.
Ibu mertuaku orang penting bila ada kenduri di kampung...kami kat rumah tak perlu susah nak menanak.  Mereka akan menghantar makanan macam kat bawah ini.  Meriah kan?, paling saya suka gambar sebelah kiri dari atas ke bawah, acar umbut sawit (pertama kali makan, selalu dapat makan umbut kelapa aje), gulai tulang dan gulai daging.  Gulai tu memang sedap sengat, guna daging fresh, daging lembu sembelih bukan yang import dan frozen itu.
Begitulah setiap kali balik kampung, bila musim kenduri.  Kami yang di rumah turut makan lauk kenduri, sangat seronok boleh tambah berulang kali.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment