Monday 1 December 2014

Kek Lumut, Hijaumu Menawan Jiwa

Assalam...
Kek lumut ini buat dah lama dah....masa raya dulu kalau tak silap.  Sebagai catatan untuk rujukan pada masa ke depan dan koleksi kek kukus yang pernah dicuba, so kita letak di sini.  Resepi kek ini saya guna Resepi Kek Lumut (II) yang diambil dari blog DapurKu Sayang oleh Dayang Jack.  Saya tertarik sebenarnya dengan warna hijau lumut tu, menarik sangat.  Mentang-mentang suka warna hijau, segala-gala yang berwarna hijau turut menawan jiwa raga.  Rasa mesti sedap.

Kek kukus lumut II ini, adalah updated resepi daripada resepi asal yang terdapat dalam blog beliau.  Penambahbaikkan telah dilakukan dengan penambahan beberapa bahan tambahan untuk menjadikan resepi lagi mewah dan sedap.  Saya copy pastekan resepinya di bawah ini.  Semoga pahala kebaikan penyumbang rezeki dapat diperpanjangkan.  Terima kasih kerana sudi share.

Kek Lumut II
Sumber Resepi Oleh: DayangJack@Dapurku Sayang


Bahan-bahan: 
(guna loyang Size: 8" x 8")
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS) - Saya guna buttercup saja
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis
 
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

kek saya nampa leper sebab guna loyang yang besar, next time guna yang kecik sikit.  Kek kukus atau kek lapis tambah cantik bila keknya meninggi.  Itu pendapat sayalah, orang lain tak tahu pulak.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment