Monday 8 December 2014

Mari Kita Melenggang!!!

Assalam...
Bukan ajak jalan-jalan melenggang kangkung tau.  Takde kena mengena dengan acara berjalan kaki atau berlenggang kankung pun.  Nak ajak buat kuih lenggang sebenarnya.  Ah tak pernah dengar apa itu Kuih Lenggang?  Tapi selalu jumpa kan?, selalu makan lagi, sebab bukan kuih yang asing pun, boleh jumpa hari-hari.  Kuih lenggang tu adalah kuih ketayap atau nama lainnya kuih dadar, nak panggil crepe pun boleh juga.  Orang kampung saya panggil kuih ini Kuih Lenggang, kampung sebelah kot lah depa panggil crepe, tak taulah pulak kan.....

Kuih Lenggang / Dadar / Ketayap
Sumber: Mulia

Bahannya
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air 
1/2 cawan santan / susu (saya tak letak, guna air sejuk 2 cawan)
sedikit garam
Jus pandan / pewarna hijau - saya guna pandan emulco
1 biji telur (jika suka) - saya letak
Inti kelapa - secukupnya

Penyediaannya
1.  Campurkan tepung dengan telur dan garam.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata.  Tapiskan adunan untuk mendapat better (adunan cair) yang cantik dan tidak berketul-ketul.  Kes saya ini sebab nak cepat, takdelah menapis tu yang nampak ada ketul2 tepung.  Ada jugak yang masukkan semua bahan dan guna blender untuk sebatikan adunan.
2.    Kalau nak kulit dadar lagi sedap boleh ganti air dengan susu atau santan.  Letakkan jus pandan atau pewarna hijau (saya guna pandan emulco).  Jika kurang gemar dengan warna hijau, gantilah dengan sebarang warna kegemaran masing-masing.
3.  Panaskan kuali leper dan letak sedikit minyak / majerin pada permulaan untuk melenggang. Kalau dah guna jenis kuali non stick tak guna minyak pun ok.  
4.  Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk besar, dan cepat-cepat lenggang kuali untuk mendapatkan kulit yang nipis dan rata.
5.  Tunggu hingga masak atau kulit kuih melekang sedikit di bahagian tepi. Angkat dan keluarkan dalam bekas atau pinggan leper.
6.  Letakkan inti lebih kurang satu sudu pada bahagian tepi  kuih.  Sekiranya ketika anda mengeluarkan kuih tadi dari kuali dengan cara terbalik, sebaiknya terbalikkan kulit dahulu sebelum meletakkan inti - letak inti pada bahagian permukaan yang licin.
7.  Tutupkan inti sedikit dengan melipat tepi kuih ke dalam, kemudian lipatkan bahagian tepi kiri serta kanan ke dalam sama rata.  Akhir sekali gulung kuih dengan kemas. Seeloknya lakukan ketika kulit masih panas.
8.  Bagi yang suka kulit kuih lenggang yang bercorak bolehlah buat ikut kreativiti masing-masing supaya lebih berselera untuk nikmatinya ketika sarapan pagi atau minum petang.


Menggunakan baki inti kelapa yang dapat hari itu lagi.  Setakat ini dah buat 3 jenis menggunakan inti yang sama tetapi masih berbaki.  Duduk diam2 dalam freezer tu dulu, sebab masih belum ada idea nak buat apa lagi.  Lagipun dah dijangkiti batuk ini...so aktiviti masak-masak kena hold dulu, sebab tengah berpantang makan manis, pedas, sejuk dan berminyak.
Idea ini datang sebenarnya ketika dalam perjalanan balik dari kerja, sebab tau boleh sampai di rumah awal sikit dari en.Abe pada hari itu.  So merajinkan dirilah konon2nya walaupun memang syok sendiri sebenarnya nak buat untuk minum petang.  Buat tak banyak pun dapat 10 biji gitu, tetapi ahkak jugak yang kena perabih....almaklum en.abe kita tak layan kuih muih dan yang sewaktu dengannya.  Makan sekadar syarat atau nak ambil hati ler tu...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment