Friday 12 December 2014

Sate Madura, Kayu Ara

Assalam...
Suatu malam kami pergi ke tempat ini.  Mulanya mengeteh kat tempat selalu.  Seorang kawan alumni join dan ajak pergi tempat lain.  Alumni tu gelaran bagi mereka yang dah resign dengan company yang kami kerja dan dah join company baru.  Beriya-iya kawan alumni bercerita tentang sate madura ini.  Unik dan sedap katanya.  Plus murah sangat-sangat.  Pernah masuk jjcm tv3 & best in world tv8.  Dekat aje dari sini, tak perlu pergi madura kalau nak makan.  Boleh kata kami lalu tiap-tiap hari tapi kami tak pernah ambil pot.  
Sate madura tidak diperap dengan ramuan kunyit, serai macam sate biasa yang berwarna kuning tu.  Sempatlah saya jeling beberapa cucuk sate yang ada kat luar, yang belum dibakar.  Yang pasti saya nampak ada diletakkan dengan kicap, daging tu memang nampak pucat aje.  Agaknya kicap abc kot.
Itu harga sate madura, kat sini takde banyak menu, cuma ada beberapa tambahan seperti nasi goreng dan bakso.  Tapi cuma order sate saja.
Sate madura  di gerai ini dimakan bersama nasi, bukan ketupat seperti selalu itu yer.  Tapi yang bestnya dihidang bersama hirisan bawang, cili padi, bawang goreng dan limau nipis.
Kuah sate berwarna gelap hitam, tak perati betul-betul, sukar nak bezakan yang mana ayam, kambing atau daging.  Kiranya hitam-hitam si tampuk manggis, gitulah.  Rasa sate dengan kuah hitam itu memang kena dengan salera saya. 
Kalau dah makan begini rupa pinggannya, taulah kan maknanya tu.  Orang yang tak gemar sate pun boleh makan 5 cucuk, dalam sejarah katanya.  Kalau ada yang tanya, mana yang sedap sate biasa atau sate madura ini.  Saya jawap tak boleh dibuat perbandingan walaupun dalam kategori sama, nilai berbeza.  Cuba bandingkan note 10 ringgit dengan note 1 ringgit. 
Gerai ini gerai biasa-biasa aje, so janganlah expect lebih-lebih pulak.  Terletak di tepi jalan cempaka, kayu ara, damansara.
Kami makan 5 orang, 30 cucuk sate, 10 cucuk setiap jenis dengan 4 pinggan nasi, harga semua RM25.00.  Sekarang kawan saya dah ajak buat lawatan susulan pula.
Wassalam...

1 comment: