Friday 16 January 2015

Agenda Isi Perut, Cuci Mata, Cuci Poket.

Assalam...
Semalam lepas waktu kerja, kami berempat pergi Paradigm Mall.  Agenda sekejap saja nak develop gambar banjir dan bayar bil tepon.  Mula plan pergi berdua, tahu yang ketiga dan keempat pun nak ikut, so pergi dua kereta sebab yang keempat terus nak balik lepas tu.  Makna kami kena hantar yang ketiga balik nanti.  Bila dah pergi berjemaah akan panjanglah langkahnya kurang-kurang pun setiap seorang perlu dapat apa yang mereka inginkan.
Berapa kali pusing jugaklah baru dapat parking, ketiga dengan keempat dah nak siap makan cendol & laksa diorang baru kami sampai.
Tak perlulah pergi penang kalau nak rasa cendol berdiri penang road ini.  Dah banyak cawangan di lembah klang ini.  Kali ini try cendol cempedak pulak.  Sedapp.
Must try yang ini, Penang Curry Mee selalu yang kita makan Ipoh Style.  Penang style kuah putih kena gaul dengan sambal baru tukar warna.
Pemakan pedas kena letak sambal banyak-banyak baru terasa kicknya, pedas lah tapi..
Order yang ini jugak, spring roll tak suka cicah dengan sos, cicahlah dalam kuah laksa dalam bekas bulat tu.
Cuma kalau kat sini tak dapatlah nak jumpa mr. tan.  Pekerja mereka guna khidmat sama ada paki atau bangla tak tahulah, tapi sek-sek tulah semua.
Jian Rui tu maksud cendol ker?
Ketiga yang selalu jadi model tak berbayar, sebab dia yang termuda maka selalu jadi sasaran si pembuli.
Terus ke agenda seterusnya kena berpecah, kami pergi cuci gambar ketiga dan keempat keluar masuk kedai entah apa yang dicari.  Lepas tu teringat nak cari buku pasal gst, nak lebih faham kenkononnya.  Jumpa semula ketiga dan keempat di popular rupanya diorang dah lama kat sini tengah pilih-pilih novel.
Dapat juga buku pasal GST yang saya nak tu ada off 20%.  Pastu terbeli pulak The Unsung Hero, novel terbaru dari Melur Jelita.
Settled di popular, yang keempat kena balik cepat sebab nak ambil adik di Subang.  Mesti senyum sampai teliga tu balik dengan menjinjit novel satu plastik beg, mentang-mentang brim dia baru dapat.  Kami teman yang ketiga pula pergi poh kong, sebab nak servey emas katanya.  Dapat bonus berganda kot dia ini bonus company atau bonus brim atau bonus asb. 
Ketiga beli rantai leher, puas hati katanya sambil cakap ulang-ulang.  Menyesal beli hp mahal-mahal hari itu, kalau beli emas lebih baik, lebih untung.  Saya pun dapatlah ganti buntut subang yang dah lama tercicir, sebelum ini kena pakai lain sebelah, dah rupa samseng pun ada.
Kalau ada duit lebih bolehlah beli jongkong emas sebagai pelaburan, semalam harga emas 916 RM160 per gram, jongkong tu emas 999.9 harga RM185 per gram.  Sekarang macam banyak je orang melabur jongkong emas, tapi hati-hati ye dalam memilih jenis pelaburan itu sebab akan ada saja yang suka ambil kesempatan.
Sebelum hantar yang ketiga balik rumah, kami singgah mamak dulu kopi-kopi pekena meggi goreng.  Siap kena halau dek mamak sebab diorang nak tutup kedai, yang ketiga tak habis cerita lagi.
Short outing macam ini kadang-kadang ok jugak, tetapi jangan lupa diri sebab esok bukan public holiday.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment