Wednesday 7 January 2015

Ayam Masak Ungkep

Assalam...
Resepi mudah yang senang untuk disediakan ini saya pelajari daripada sahabat saya.  Selalu beliau masak ungkep ini guna resepi yang tidak menggunakan santan.  Satu sytle lagi menggunakan santan menggantikan air.  Tapi bagi saya yang ini pun dah cukup lemak dan sedap, jadi biar kekalkan begini saja.

Ayam Masak Ungkep
Sumber: Ma'ani Samat

Bahannya
300gm ayam - potongg kecil
2 batang serai*
1 sudu teh ketumbar biji*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 inc. halia*
1 inc. kunyit hidup*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
cili padi (kalau suka pedas)*
garam
minyak untuk menumis 
air secukupnya
asam jawa

Penyediaannya
*   Tumbuk kesemua  ramuan bertanda * hingga lumat.  Tumiskan hingga garing.
*  Masukkan ayam, air (anggaran 1 litre) dan asam jawa.
*  Tutup periuk dan masak perlahan hingga agak kering.
*   Masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa.
*   Bila kuah dah kering bolehlah diangkat.  Mereka yang suka dengan kuah yang banyak. pandai-pandailah nak agak ya, yang penting ayam itu cukup masak.
 

Sesetengah mereka yang makan pertama kali akan bertanya sama ada menu ini menggunakan santan atau tidak.  Rasa lemak itu tetap ada walau tidak menggunakan setitik pun santan.  Kira menu sihat la ni.
Sebagai penghargaan dan cara untuk mengelakkan asyik meminta resepi setiap kali hendak memasak, jadi kita patrikan ianya di sini, orang lain yang berminat pun boleh mencuba.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment