Monday 5 January 2015

Warung Merindu, Pantai Dalam...

Assalam...
Hari kedua menjadi bujang, keluar pergi makan (setelah dapat kebenaran) nak temankan my bff dalam gambar tu.  Dia nak makan ketam katanya, cari kedai seafood area pantai dalam, tapi jumpa benda lain.  My bff inilah yang cakap, kawan dia pernah tunjuk ada satu kedai seafood yang ada jual ketam.  Ingat nak makan kat situlah, tapi tak jumpa.  Yang mokcik tahu, kat Pantai Dalam ini femes ngan nasi lemak ayam berempah, terutama gerai tepi landasan komuter tu.  Duduk makan situ boleh rasa gegaran dari komuter yang lalu.  
Nasi lemak ayam berempah, jangan pandang pada rupa, rasa dia sedap.  Mokcik tu cerewet pasal makan boleh puji-puji kata sedap.
 Side dish, sup ekor dengan sayur kailan.
Inilah signature dish di sini menurut adik pelayan tu, Nasi Goreng Merindu, yelah sebab rindu kat en.Abe yang balik kampung cuci rumah bekas banjir.  Meriahkan nasi tu, banyak benda sekeliling.  Nasi portion sikit tapi pasti kenyang dengan segala macam condiments sekeliling itu.
Yang ini dilupa jangan....penat fikir nak minum ape, last2 teh 'o' panas ini yang keluar dari mulut.
Best jugak makan kat sini sebab sedap, pastu harga pun berpatutan.  Bukan apa dalam kotaraya ini, kalau tak tahu tempat itu sedap atau tak memang tak berani nak masuk, selalu nama aje gerai or warung tapi harga macam restoran ada bintang, pastu rasa makanan pun tak berapa..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment