Wednesday 18 February 2015

Pentingnya Orang Yang Duduk Di Depan (Receptionist)...

Assalam....
Hari ahad lepas sebab dah tak tahan dengan penyakit 3 serangkai ini, mengalah jugak bila en.Abe ajak pergi klinik.  Mula-mula keluar tu memang tak nak pergi, tapi sebab penat sangat settlekan beberapa perkara, perut lapar dan ditambah kena menunggu masa nak service kereta.  Akhirnya saya sendiri yang ajak en.Abe singgah klinik area subang perdana, dalam kawasan service kereta tadi. 
Hari ahad banyak klinik yang tutup, lepas pusing kawasan tu, nampak ada poliklinik 24 jam.  Kami singgah sini.  Poliklinik ini nampak dari luar boleh tahan.  Mungkin sebab poliklinik kot bukan klinik yang biasa-biasa saya pergi.  Apa beza klinik dengan poliklinik tu tak taulah.  Ikut saya yang kurang faham, yang ada nama klinik saja, klinik biasa, manakala yang ada poli depan tu lebih up sikit kot dari segi perkhidmatan mahupun bilangan kakitangan.
Poliklinik ini yang saya pergi ini memang best, guna sistem canggih.  Hanya bagi kad pengenalan, receptionist staff key-in dan tunggu nama akan keluar pada skrin tv nak masuk jumpa doktor di bilik mana nanti.  Sementara menunggu sempat lagi tengok keliling, erm memang kemudahan pun banyak siap ada tempat permainan untuk kanak-kanak.   
Dari segi bayaran memang ada beza dari klinik biasa, beza dekat sekali ganda.  Walhal doktor tu buat prosedur sama tanya itu ini, suluh dalam mulut, ambil suhu badan, ambik tekanan darah, suh tarik hembus nafas.  Bagi tips sikit apa yang perlu diambil atau elakkan sementara waktu.  Saya tak kisah pun tentang bayaran, nak yang terbaik memang kena keluar lebih sikit.  Cumanya yang jadi tak puas hati tu......pasal.... 
staff di bahagian receptionist tu.  Masa saya masuk dalam klinik tu memang dia seorang jer kat  kaunter tengah menghadap pc.  Nampak tekun buat kerja, tanpa angkat muka, tak kisahlah.  Staff tu tak pandang pun kat kami, agaknya tak perasan walaupun kami dua ini ada ala-ala anak gajah., saya dengan en.Abe terus jer duduk depan tanpa dipelawa, buat muka tak malu.  Saya pun keluarkan kad pengenalan dan letak atas meja depan dia.  Tunggu dia sambut tak juga, tunggu dia tanya tak juga, tunggu dia bersuara tak juga, tunggu dia pandang langsung tak.  Saya jadi serba salah, saya silap kaunter ker, berkira-kira untuk angkat punggung sambil saya bersuara, cik saya kena register tempat lain ker? baru dia nak angkat muka, eh tak-tak, kat sinilah,............rasa nak hempuk jer..
Sib baik saya ini jenis sabar dik, kalau tak ko dah kena....lain kali jangan buat dono je pada pelanggan.  Kalau memang muka tak reti senyum culalah buat kerja dibelakang tabir.  Masa nak kuar klinik tertoleh-toleh kot ada peti cadangan ker komen, tapi Nan Hado.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment