Tuesday 24 February 2015

Sayur Campur Masak Lemak Cair

Assalam...
Wahai dewa dewi pemakan sayur semua.  Dapat semangkuk sayur yang berwarna warni begini pasti hati jadi girang kan.  Saya lah tu, sebelum makan boleh merata sayur semangkuk dua kemudian baru cari nasi.  Makan sayur banyak takpe, sayur kan kaya dengan serat, boleh tolong-tolong enjin dalam badan lancarkan proses metabolisma badan.  Individu yang menghadapi masalah ini taulah betapa seksanya hidup sebab tak dapat nak membuang.  Mari kita makan sayur banyak-banyak tak perlu bergantung pada ubat....
Sayur Campur Masak Lemak Cair
Sumber: Mulia

Bahannya
1 batang lobak merah - hiris nipis
2 pokok sawi - potong pendek.
sedikit bunga kobis - potong kecil
1 pkt tempeh - potong kecil
1 ketul soo hoon - rendam hingga lembut
2 batang fucuk - rendam hingga lembut & potong pendek
kobis secukupnya
sedikit ikan bilis atau udang kering*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
1 litr. santan
serbuk kunyit (kalau nak kuah warna kuning)
garam dan serbuk perasa
minyak secukupnya


Penyediaannya
*  Tumbuk bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga layu.
*  Masukkan potongan carrot, bunga kobis, fucuk dan santan cair.  Biar seketika hingga sayur separuh masak.
*  Masukkan baki sayur yang lain (sawi, kobis, tempeh dan soohon).
*  Sebatikan dengan garam, bahan perasa kesukaan dan tutupkan api.  Elakkan memasak sayur terlebih lama hingga menjadi layu.

Sayur ini boleh kot menggantikan menu-menu yang terlalu sarat dengan rempah.  Musim-musim panas ini kalau makan lebih rempah, bukan takat berasap dan berpeluh badan, tetapi peluh yang keluar tu kadang bersama-sama bau yang kurang menyenangkan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment