Sunday 1 February 2015

Serai @ Paradigm Mall

Assalam...
Cerita makan-makan lagi, suatu petang dapat berkumpul dengan kakak dan seorang adik walaupun duduk dekat-dekat macam payah nak jumpa masing-masing sibuk.  Tak plan pun nak makan di sini, tapi dah alang-alang masuk paradigm ini, isi perut sekali sebelum keluar. 
En.Abe yang nak try makan kat sini, saya pun senyum ajelah, member yang ikut pun suka juga sesekali katanya.  Dah lama ajak nak makan berdua konon-kononnya, tapi wat tak dengar aje...haisshhh.
Seperti biasa lah kan sekarang ini, kebanyakkan situasi bertemu tapi macam tak sebab masing-masing sibuk dengan gadjet.
 Sang Hor Fun kalau tak silap nama dia, macam shanghai noodle.   Thumb up, sedap.
 Serai Platter
 Prawn Aglio Olio
 Nasi Ulam
 5 orang, 5 citarasa berbeza.
 Red Velvet Cake
 Sepakat membawa berkat, orang yang selama ini menolak nak makan kek pulun makan dek sedapnya red velvet tu.
Saya suka air serai ini, mula berangan nak buat sendiri di rumah.
Sebelum balik kita isi feedback form dulu, ovarall sedap cuma olio tu tawar dan prawn yang digunakan tak berapa fresh.
Untuk penghargaan boleh datang lagi, tapi dengan kawan-kawan atau pasangan.  Datang makan seorang-seorang pun boleh, tapi saya tak kot kecuali keadaan luar biasa.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment