Tuesday 3 February 2015

Suntikan Anti Typhoid

Assalam...
Semalam kami ke klinik kesihatan kelana jaya untuk dapatkan seuntikan anti typhoid atau TY2.  Suntikan ini wajib untuk setiap pengendali atau pengusaha makanan sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit melalui makanan dan minuman tercemar.  Pernah dengar penyakit demam kepialu yang disebabkan bakteria salmonella?, demam yang boleh membawa maut.  Bermaksud wajib bagi semua pekerja bermula daripada mereka yang bertanggungjawab menerima bekalan bahan mentah hingga kepada mereka yang menghidangkan makanan.   Suntikan boleh diperolehi daripada klinik kesihatan atau klinik majlis perbandaran yang berdekatan dengan bayaran RM20 hingga RM40 seorang.
Puan misi bagi penerangan sebelum memberi suntikan.  Staff ini pertama kali nak dapatkan suntikan TY2, gerun sikit biasalah fobia bila tengok jarum kan.
Suntikan vaksin ini untuk tempoh 3 tahun daripada tarikh suntikan diberi.  Sekiranya didapati tiada suntikan ini, peniaga boleh bungkus, lesen kena tarik, sijil halal terbatal dan diarah untuk tutup premis.
Dulu ada di kad sebagai rujukan sekarang hanya surat perakuan begini.  Sila simpan salinan untuk rujukan sendiri yang mungkin berguna di masa hadapan.
Kakak, makcik, pakcik yang jual nasi lemak tepi jalan pun harus ada suntikan ini.  Satu lagi rajin-rajinlah membasuh tangan dengan betul ye.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment