Sunday 22 March 2015

Buah Asam Kundang @ Remia @ Buah Star

Assalam...
Hasil berblogwalking menyebabkan air liur kecur dek melihat gambar buah ini ditanyang oleh kawan-kawan.  Teringinnya mengalahkan orang mengandung sulung.  Sudah agak lama juga tidak menikmatinya, rasanya sejak berpindah dari utara. Dulu masa kat utara bila tiba musim buah star ini banyak dijual di pasar malam, harga paling mahal pun rm6.00 sekilo.  Kini harga takyah ceritalah, dah melebihi harga buah import harganya.  Atau yang ini pun memang buah yang datang dari negara jiran.  Nanti nak pergi intai di kebun Diana, ada tak tanam pokok ini, nanti musim buah boleh kita melawat.
Minggu lepas di kedai buah yang sama, harga hanya mampu tengok aje, dua kali lipat kata negara jiran.  Tapi masa lalu kedai ini semalam, harga dah turun sikit.  Jadi kita pun beli, mak kita kata kalau benda makan jangan kedekut.  Teringin nak makan beli jer, walau mahal macamana pun...hehehehe.
Budak jaga gerai itu, masa promote kata "kak belilah buah malim kundang ini".  Malim kundang mana pulak budak ini, gejalah layan sinetronlah tu.  Sampai rumah gigih i nak kira, berapa biji buah asam kundang ini dengan berat sekati tu.
Malam tu kami makanlah buah ini sebagai snek, makan berebut-rebut dua orang laki bini takut seorang terlebih makan.  Siap sorok-sorok lagi. Alhamdulillah, syukur dapat nikmat dengan rasa buah yang sangat manis.  Tapi kami rasa tak cukup trill pulak sebab kami suka buah asam kundang yang masam-masam manis dan boleh dimakan dengan colek.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment