Tuesday 24 March 2015

Masjid Badariah Kampung Batu 12, Kapar

Assalam...
Niat asal mencari pusingan untuk u-turn kembali ke pekan Kapar.  Hajat nak solat zohor di situ sementara menunggu sepupu habis kerja.  Dekat dengan tempat u-turn jumpa masjid ini, jadi berhenti di sini saja.  Ketika singgah hanya ada seorang lelaki yang juga singgah solat sambil melepas lelah seketika.  Di sebabkan cuaca yang sangat panas ketika itu, kami pun ambil keputusan berehat seketika selepas solat sementara sepupu menyelesaikan tugasannya.
Pejabat pentadbiran dan dewan terletak disebelah tepi belakang bangunan masjid.
Kawasan mengambil wuduk dan tandas, terletak dibelakang masjid.
Kawasan perkuburan di sebalah kanan, belah belakang masjid.
Pintu sebelah kiri yang juga merupakan laluan utama menuju ke dewan, tempat wuduk dan tandas masjid yang terletak di belakang.
Papan notis yang memaparkan sebarang aktiviti masjid dan info tentangnya.
Ruang utama masjid, kawasan solat untuk jemaah lelaki.
Pintu di sebelah kiri merupakan penghubung ke tempat ruang solat wanita.
Koleksi kitab dan buku-buku agama yang terletak di belakang mimbar.
Dulu ruang solat untuk wanita bermula daripada diding warna biru hingga ke tiang itu sahaja.
Dan inilah ruang tambahan untuk jemaah wanita yang baru selesai pembinaannya.  Beberapa kemudahan seperti penghawa dingin masih belum berfungi.
Menara masjid.
Kawasan lapang dihadapan masjid, sebagai tempat parkir kenderaan.
Cuaca yang terlalu panas kat luar menyebabkan mata asyik nak terpejam.  Sempat untuk seketika namun agak risau sebab sekeliling memang sunyi. Hanya bertemu satu keluarga yang juga singgah menumpang solat kemudian berlalu pergi. 
Lebih kurang dah beres urusan kami di sini, terus bergerak menuju destinasi seterusnya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment