Thursday 9 April 2015

Ayam Goreng Kunyit

Assalam...
Menu simple lagi, asyik simple saja jadi tagline.  Begitulah kalau orang tak pandai dan kreatif didapur ini.  Buat yang simple pun berejam kena bertapa di dapur.  Kalau ada orang nak datang kena cakap awal-awal, sebab kesian menunggu baru dapat makan.  Lagi satu peel kalau ada tetamu, saya pun ikut sama melepak dengan diorang, rasa sayang nak tinggal tetamu duduk sendirian.  Mula nak berangan, best kan kalau ada pembantu, panggil jer sambil order apa yang kita nak.
Menu simple ini sebenarnya saya belajar dari en.abe.  Kalau tak suka makan ayam tukarlah pada sotong ataupun udang.  Disebabkan ada alahan dan en.abe suka makan ayam, jadi kita pilihlah buat ayam.  Kira ini antara menu bujang jugaklah yang boleh kita main campak-campak dan agak-agak.


Ayam Goreng Kunyit
Sumber: Abe Nas


Bahannya
Ayam potong kecil-kecil
Garam 
Serbuk kunyit
Kacang buncis / kacang panjang - potong panjang
Bunga kobis - potongan kecil (tak letak)
Cili merah - hiris
Bawang besar - hiris bulat
Sedikit sos ikan.
Minyak untuk menggoreng


Penyediaannya
* Perapkan ayam bersama garam dan kunyit untuk seketika (20 minit).
* Gorengkan ayam hingga masak...ketepikan.
* Goreng kacang panjang, bunga kobis, bawang dan cili hingga sedikit layu (guna minyak bekas goreng ayam).  Kalau tak suka terlalu berminyak, boleh celurkan sayur-sayur itu seketika kemudian toskan.
*  Dalam satu mangkuk campurkan semua bahan yang telah digoreng dan letakkan sedikit sos ikan.
* Siap untuk dihidang.


Macam ini lawankan dengan nasi panas dah cukup, tapi janji nasi itu jangan terlalu keras, mau tercekek nanti.  Jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan, kita buatkan sup kosong, settle..boleh menjamu selera dengan riang ria. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment