Saturday 4 April 2015

Lepat Pisang

Assalam...
Kisah lebihan pisang raja yang digunakan untuk buat menu sebelum ini.  Daripada masuk ke perut tong sampah, kita kupas letak dalam bekas dan simpan dalam freezer dulu, ingat nak buat cekodok, tapi fikir lagi erm berminyak, banyak jer cekadak kan kalau tak nak buat tu.  Walhal kalau dah ada depan mata semua dicekek. 
Kebetulan ada lebihan daun pisang lagi, jadi fikir ada baiknya kita buatkan lepat pisang.  Bukan berlagak tapi memang pernah suatu masa dulu saya pernah jemu dengan menu daripada pisang sebab setiap hari mak saya sajikan kuih-muih daripada pisang.  Tapi bila dah tak duduk bawa ketiak mak, segala-galanya kena beli pulak dengan rasa yang tak semengah macam air tangan mak kita.  Rindu dan cinta itu timbul pada makanan zaman kecik-kecik dulu dan perasaan itu jugak yang mendorong untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan apa pernah dilalui...itu sayalah orang lain tak kot (sentimentel value terlebih kata kawan saya)....
Terlebih emosi pulak pepagi ini, walhal nak cerita buat lepat pisang jer pun.  Sambil bungkus dan lipat-lipat tu boleh berangan nak buat untuk jual lepat pisang....hehehehe
Lepas kita gulung-gulung dalam daun pisang, kita lipat-lipatkannya jadilah macam kat bawa ini, sebab tu kot dinamakan lepat.  Buat besar sikit cepat siap dan puas hati nak makan.
Lepat Pisang
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
6 biji pisang masak - lenyek sampai halus
2 sudu gula pasir - ikut kemanisan
1/2 cawan sedikit kelapa parut putih (kalau suka letak, tak suka tak perlu)
3 sudu santan pekat
sedikit garam
sedikit tepung
daun pisang sebagai pembungkus

Penyediaanya
*  Campurkan semua bahan kecuali daun pisang.  Gaul sekata dan bungkus dengan daun pisang.
*  Letak dalam pengukus dan kukus hingga masak atau daun pisang bertukar warna.
*  Sejukkan dan bolehlah dihidang, nak makan ketika suam-suam pun boleh.
 
Alhamdulillah inilah hasilnya, tak kira pula dapat berapa biji semua.  Tengok gambar baru sibuk nak kira dekat 20 biji rasanya, kalau beli kat luar dengan harga 50 sen sebiji tak termasuk gst lagi, memang boleh jimat kan.  Lagi pun senang sangat buatnya semudah nyanyi lagu A B C D, GST.....
Ingatkan saya seorang jer yang akan perabih lepat ini nanti, tapi nampak gaya en.abe pun makan juga.  So, lain kali kita balik kampung boleh angkut daun pisang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment