Sunday 5 April 2015

Spagethi Goreng Simple Yang Sedap

Assalam...
Hujung-hujung minggu camni mesti ramai yang bangun lambat kan, balas dendam ler tu sebab hari-hari bekerja tak dapat golek-golek lama atas tilam.  Dah bangun lambat breakfast pun mesti lambat kan, ada yang jamakkan waktu sarapan, brunch dengan makan tengahhari ker?.
Bolehlah sediakan resepi mudah ini, boleh dimakan bila-bila masa selama stok masih ada.
Spagheti Goreng Simple
Sumber: Mulia

Bahannya
300gm Spaghetti - rebus hingga lembut (ala dante)
4 batang sosej
4 cendawan shitake - hiris
4 biji bawang putih - cincang
1 biji tomato buang biji - dadu
1 biji bawang holland - dadu
1 biji cili merah - hiris
cili padi (kalau suka pedas)
secukupnya olio herbs
garam & perasa

Penyediaannya
*  Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu.  Masukkan cili padi dan hirisan shitake, biar sekejap.
*   Kemudian masukkan sosej, tomato dan hirisan cili merah.  Kacau-kacau dan masukkan spaghetti.
*  Akhir sekali masukkan olio herbs, garam dan serbuk perasa.  Sesuaikan dengan rasanya dan tutup api.


Dah siap, apalagi jom kawan-kawan kita sarapan cum brunch cum makan tengahari, jangan lupa baca....Bismillahirahmanirahim dan doa makan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment