Friday 8 May 2015

Busy Nyer, Membesarkan Badan....

Assalam...
Minggu yang sangat sibuk, sibuk kerja, sibuk aktiviti dengan family, sibuk makan dan segala mak bapak sibuk ada.  Pagi tadi bergerak ke hq, atas jemputan untuk meraihkan birthday our Tan Sri dan Dato'.  Aturcara majlis dijadualkan pada 9.00 pagi, tapi sebab-sebab tertentu tersasarlah sedikit.    
Agaknya sebabnya rushing pepagi tak sempat untuk breakfast jadi muka masing-masing macam tak sabarrr.  Masa untuk makan, breakfast cum brunch cum lunch.  Ada banyak makanan tapi tak sempat snap, sebab masing-masing dah lapar.
Ini nasi lemak tanglin berserta lauk pauk, sebenarnya menu ini untuk meja utama, lepas mereka makan, waiter transfer semua ke meja saya.  Saya tak makan pun, tapi sempat menguping, dengar diorang cakap nasi lemak kita buat lagi sedap.  Sebenarnya ada dua nasi lemak yang disediakan hari ini satu disediakan oleh kami dan satu nasi lemak tanglin.  
Walaupun big bos kami bukan orang cina, tapi staff chinese dari F&B department memyediakan Chinese Birthday Bun.  Ada yang panggil birthday plum atau chinese longevity peach bun, saya dengar diorang panggil "sow tou" maaf kalau tak betul.  Tradisi masyarakat cina, ketika meraihkan ulang tahun family member mereka yang berumur 60 tahun ke atas, mereka akan menyediakan bun ini sebagai simbolik panjang umur.  Bun ini macam kuih pau yang diwarnakan, rasa pun macam pau, ada inti lotus paste atau kacang merah.
Cuba teka, berapa harga kek ini.  Kek pisang layer dengan cream cheese, karamel, dan walnut.
Sedapnya laksa pahang ini.  Kombinasi kuah laksa lemak, laksa beras, ulam kaduk, pucuk kunyit, taugeh, daun selasih, kacang panjang, timun, sambal cili dan belacan mentah.....saya sangat-sangat jatuh cinta dengan laksa ini.
Akhirnya inilah keadaan pinggan laksaku, licin berkilat.
Mereka yang bekerja di belakang tabir yang bertanggungjawab menyiapkan hidangan yang sangat sedap.
Semoga panjang umur kepada Tan Sri dan Dato' dan sentiasa dalam keberkatan Ilahi.  Selamat berhujung minggu semua, petang balik kampung sebab esok ada majlis di sana pula.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment