Friday 15 May 2015

Memori Daun Sirih


nasamulia
Pokok Sirih - Piper Betle L belakang rumah mak andak, pokok ini sentiasa terjaga rapi sebagai sumber bekalan sirih untuk mak andak makan dan orang kampung.  Mak Andak makan sirih, cukup risau kami kalau bawa dia berjalan takut nanti dia nak cari sirih pinang kan.  Tapi dia dia tak kisah pun, mak andak tak cari pun sirih pinang tu semua macam kita yang bagai nak putus nyawa bila tak jumpa gadjet...

Assalam..
Ini pandangan biasa atas meja di rumah mak andak, daun sirih dan kacip pinang tu sebagai center piece tau.  Sape nak try makan sirih dan pinang dipersilahkan.  Takde pulak gambar gobek sirih, mak ndak sekarang dah guna gobek nak hancurkan sirih sebab gigi dah tak kuat nak mengunyah.

Arwah nenek saya, mak kepada bapak dikurniakan umur yang panjang dekat 100 tahun atau lebih (orang dulu takde merekodkan data kelahiran). Kalau ambil kira zaman jepun (zaman perang dunia ke-2), zaman itu agaknya arwah nenak dah 40 tahun atau lebih dan dah bercucu pun ketika itu, anak bungsunya (bapak saya) lahir kira-kira 10 tahun lebih awal sebelum pendudukan tentera Nippon di Asia Tenggara.  Bapak boleh ingat bagaimana dia berlari-lari bila melihat pesawat perang jepun terbang di udara. 

Dulu arwah nenek pun makan sirih, guna gobek jugak.  Kami cucu-cicitnya suka sangat nak menyibuk konon-konon nak tolong buatkan sirih.  Hanya yang besar sikit dibenarkan pegang gobek tu, sebab hujung gobek tu tajam, boleh luka tangan bila tak tahu skill nak guna gobek.  Kadang kami cuba buat formula sendiri daun sirih letakkan gambir, pinang dan colekkan kapur kemudian tumbuk hingga lumat lepas tu bagi kat nenek suruh makan.  Nanti nenek cakap rasa dia kurang sedap atau pahit sebab terlebih itu ini, nenek tak suka cucunya bazirkan sirih dan pinang jadi nenek cakap siapa yang buat tak tanya dia dulu, nenek suruh makan sendiri sirih itu nanti.  Uekk jelah kami semua, kalau ada antara cucu yang degil cara nenek nak stopkan mereka, nenek acah-acah nak ludahkan (pora' bahasa ibundanya) mereka dengan sirih, nanti semua bertempiran lari.  Tetapi amalan makan sirih arwah nenek ini tidak ada seorang pun yang mengikutinya terutama anak-anak arwah.

Itulah antara cebisan kenangan dengan arwah nenek yang masih saya ingat.  Al-fatihah untuk arwah nendaku yang telah kembali kerahmatullah lebih 20 tahun yang lalu, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment