Sunday 31 May 2015

Strawberry...

Assalam....
Singgah di ladang dan memetik strawberry, antara aktiviti dalam perjalanan balik dari lawatan ke kawah putih.  Kawasan tanah tinggi di daerah ciwidey dengan cuaca yang sejuk merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran dan strawberry.  Terdapat banyak kebun persendirian yang menawarkan aktiviti bebas memetik sendiri strawberry dengan mengenakan bayaran kepada jumlah berat strawberry yang dipetik.  Kebun yang kami singgah mengenakan bayaran 60,000 rupiah untuk sekilo strawberry.
Gambar atas tu sebenarnya kebun orang lain, hanya bersebelahan dengan kebun strawberry tempat kita orang singgah dan petik strawberry.
Bila tengok kebun strawberry dan cara tanaman ini ditanam, mula nak berangan nak buat tanaman macam ini.  Nampak mudah kan? kalau buat kaedah tanaman fertigasi mesti menjadi.  Tetapi yang penting cuaca kena sesuai kan.
Beberapa pokok dalam satu polibag.  Ini masih panggil polibag lagi ker?, besar begnya dan macam guni (karung) tepung ataupun gula.
Bunga strawberry, tempat stigma warna kuning tulah terbentuk buah strawberry.
Kelopak bunga yang mula tertanggal / gugur memberi ruang kepada putik buah membesar dan berkembang.
Putik buah strawberry yang terbentuk dan semakin membesar berwarna hijau pekat.
Hanya sebiji buah yang terbentuk daripada sekuntum bunga strawberry.
Buah yang masih muda, semakin membesar dan warna hijau pekat bertukar kepada hijau keputih-putihan.
Terdapat juga buah strawberry yang terbentuk tidak begitu sempurna dan size yang kecil.
Nak mencari buah yang bersaiz besar dan merah pekat itu, terpaksa kena belek satu-satu pokok strawberry.  Kemungkinan telah dipetik oleh pelawat sebelumnya.
Nah, sudah kedapatan si sumandak makan strawberry.  Orang petik masuk bakul, dia petik terus masuk mulut.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment