Friday 12 June 2015

Pokok Ceri & Catatan Untuk Ana...

Assalam...
Siapa kata negara kita takde pokok ceri?  Inilah pokok ceri yang biasa kita jumpa tumbuh di mana-mana.  Nama sesuatu yang sinonim dengan pokok ceri pun ramai orang yang bagi gelar, paling simple gerai pokok ceri.  Ini pokok ceri di halaman depan rumah sahabat di sungai balang tumbuh rimbun menggantikan tempat yang pernah menempatkan pokok manggis, rambutan dan durian. 
Perhatikan biji-biji hijau dicelah-celah daun, meriahnya kalau buah ceri tengah ranum dan berwarna merah.
Ada orang bagi nama ceri malaysia atau ceri kampung, tetapi tumbuhan ini rasanya bukan hanya tumbuh di negara kita tetapi turut juga di dapati di negara-negara jiran.  Jadi saya lebih suka gelarnya sebagai pokok ceri kampung ajelah.
Saya suka memetik buah ceri, walaupun tak berapa gemar nak makan buahnya.  Seorang sahabat saya (Ana, yang kini menetap di Singapura) paling gemar makan buah ceri kampung ini.
Setiap kali terpandang pokok ceri mesti teringat kat Ana (si kecil molek, rupa Ana ada iras-iras shiela majid).  Kadang-kadang bila berjalan dengan dia, perasan orang asyik pandang atau jeling-jeling.  Agaknya mereka sangkakan kawan kita tu penyanyi shiela majid kot atau cuba nak membandingkan orang yang berjalan sebelah dia tu, mak ai macam gajah dengan semut.  
Masih segar dalam ingatan, suatu hari ketika saya dan Ana menunggu kembarnya, Ani keluar untuk makan tengah hari di tempat parkir terbuka bersebelahan stesen lrt bangsar.  Itu dulu lah, sebelum bangunan sebelah maybank tu wujud.  Keluar dari kereta, Ana menuju semak dan pokok-pokok yang tumbuh tepi dinding zink yang digunakan di kawasan pembangunan.  Kemudian dia terlompat-lompat cuba mencapai buah ceri yang masak, memang kelakar sungguh si kenit tu. 
Buah ceri yang baru nak ranum, tapi dah boleh makan, rasa dah manis.  Selain manusia, burung cukup suka dengan buah ceri ini dan burung juga turut membantu menyebarkan benih pokok ceri.
 Pokok ceri jadi saksi, cinta monyet 
 - Tasya *heart* Firdaus
Pesanan untuk Ana - rasa-rasa nak makan buah ceri baliklah sini, depan tempat kerja kita ini pun ada pokok ceri.  Ramai yang boleh tolong petikkan dan di kota besar sana mungkin kau tak temui pengalaman manis sebegini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment