Saturday 27 June 2015

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-5

Assalam..
Hari ini adalah hari isnin dan hari ke-5 ramadhan dan hari bekerja.  Di tempat kerja mereka bekalkan dengan bubur lambuk yang akhirnya tertinggal disebabkan lupa.  Ada pisang dan sukun bagi mereka yang hendak mengolahnya jadi sesuatu untuk berbuka, saya pilih buah sukun yang dah lembik.  Saya tak tahu nak diapakan lagi dengan buah sukun tu, yang penting saya ambil dulu 3 biji, dalam perjalanan balik boleh cari idea nak diapakan.

Dalam perjalanan jumpa seorang kawan, dalam bercerita pasal juadah berbuka puasa terus saya pelawa dia ambil buah sukun tu.  Kawan tu ambil sebiji, sekurang-kurangnya ringan beban saya dengan 2 biji yang berbaki.  Sebiji buat jemput-jemput untuk berbuka dan sebiji lagi buat bingka untuk juadah hari seterusnya.  Keesokkannya dapat tapau serba sedikit untuk si sumandak di tempat kerja,  dapatlah dia jamah cemilan tu sambil kerja lewat-lewat.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment