Sunday 21 June 2015

Sayur Paling Murah Tapi Berkhasiat.

Assalam...
Jom kita masak menu murah, yang kosnya mungkin hanya seringgit ataupun kurang dari nilai seringgit,  kecualilah kawan-kawan letak daging atau isi ayam dalam tu.  Sayur taugeh walaupun murah tapi berkhasiat ya kawan-kawan.  Sebab penyediaan pun mudah, sesuai sangat untuk mereka yang kurang masa di dapur tetapi masih mampu untuk memasak menu berbuka atau bersahur.


Taugeh Goreng Ikan Masin
Sumber: Mulia

Bahannya
Taugeh secukupnya
1 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - cincang

1 biji cili merah
1 ketul kecil ikan tenggiri masin
Sedikit bawang bawang / sup
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa


Penyediaannya
*  Basuh dan bersihkan taugeh dan toskan.
*  Tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan ikan masin yang telah dipotong kecil-kecil. 
*  Masukkan sedikit air bila nak kuah.  Masukkan cilih merah, batang sup atau bawang.
* Masukkan taugeh dan akhir sekali masukkan garam dan perasa.
* Masak sekejap saja jangan biar taugeh hingga layu.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment