Thursday 2 July 2015

Puding Buah Peach.

Assalam...
Ini masa berbuka puasa hari ahad lepas pada hari ke-11 Ramadhan, kebetulan giliran tingkat kita orang hantar makanan ke surau.  Nak hantar makanan yang canggih tu memang takde lah kan, tukang masak tak canggih mana, kalau hantar tu pun mesti bukan dari dapur saya, beli ker or tempah.  Hari yang sama jugak kami dah janji nak berbuka di luar, so buat ape yang termampu sajalah petang itu dan boleh siap sebelum keluar petang tu.   

Puding buah peach kekonon, tapi buah semua malu tersembunyi dalam puding.  Bila dah buka puasa baru dapat makan, baru tahu puding peach kurang manis tapi si sumandak yang rasmi dulu kata sedap pulak.  Erm biasalah ayat-ayat untuk mengambil jiwa, kesian orang surau dan jiran yang makan puding ini.  Halalkan jelah, tukang buatnya tak pandai nak agak-agak.  Kalau follow betul-betul resepi kat bawah ini sedang elok rasanya, tapi sebab suka nak tokok tambah gitulah jadinya.


Puding Buah Peach
Sumber: Roslina

Bahan2
30gm agar-agar
1 tin buah peach
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
4 cawan air
4 biji telur
sedikit esen vanilla

Penyediaannya
* Masak agar-agar dengan air hingga larut.
* Masukkan air buah dan gula, masak lagi.
* Buah peach potong nipis atau dadu.
* Pukul telur bersama esen vanilla hingga kembang.  Campurkan susu cair.
*  Masukkan ke dlam agar-agar, biar hingga mendidih, masukkan buah peach.
* Angkat dan sejukkan dalam bekas pilihan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment