Thursday 27 August 2015

Laksa Teluk Kechai

Assalam...
Kalau nak fikir, memang agak susah lah nak merasa lagi makan laksa ini.  Dah duduk jauh, semata-mata nak ke sana untuk mencari laksa tidak kot.  Tetapi kalau dah namanya rezeki itu ketentuan dariNYA, DIA yang maha pengatur rezeki itu hingga boleh sampai dan masuk ke dalam mulut kita.  





 Kuah laksa, nampak cair (cerhoi) tapi sedap.


Sambal kelapa identiti untuk Laksa Teluk Kechai, inilah ciri keunikannya berbanding dengan laksa tempat lain.


Berbalik kepada cerita Laksa Teluk Kechai, ada beberapa kali saya dan kawan singgah dan makan di gerai laksa yang femes tu (Teluk Kechai terletak antara Kuala Kedah dan Kota Setar.  Gerai tepi jalan tepi rumah pengusaha.  Kalau nak bawa balik, mereka jual laksa dengan cara kilo.  Sabahat saya yang dari Sarawak pun sanggup borong berkilo-kilo laksa untuk bawa balik Kuching.


Tiada kata yang paling sesuai kecuali Alhamdulillah apabila mendapat rezeki tak terjangka.  Jauh perjalanan laksa ini dan mereka yang memesan pun bukanlah kenalan apalagi saudara-mara.  Semoga tangan-tangan yang menyentuh, mengangkat, dan membawa turut sama mendapat pahala.
Wassalam.

Dakwat dan Telur Sotong...

Assalam...
Setelah selesai tugas si wak membersihkan sotong menjadi putih, bahagian kepala dan perut sotong yang mengandungi kantung dakwat dan telur akan diletakkan asing.  Dia akan war-warkan kepada sesiapa yang berminat, tiada yang minat akan jadi rezeki si tong sampah.  Selalu saya memang tidak beminat bukan sebab tak suka, tapi takut alahan menjadi-jadi.
Kali ini berminat nak ambil, setelah berapa kali di pelawa dan teringin nak buat masak hitam macam selalu.  Bertahun juga tak masak dan memakannya.  Kebetulan masa proses membersih tu jumpa telur sotong yang banyak.  Musim sotong bertelur agaknya. Memang suka sangatlah makan akan benda kolestrol ini. Selalu mencari telur sotong di kedai nasi kandar saja. 


Mula-mula memang nak masak aje semua, tapi terlalu banyaklah pula.  So kita settle dengan yang hitam ini dulu.  Picit-picit dakwat tu bagi hancur sebelum campur ke dalam periuk dan hasilnya seperti di bawah ini.  


Ada orang tanya boleh makan ker, tak beracun ker?  saya cuma boleh jawap mestilah boleh lah.  Saya dah makan sejak kecil, mak saya yang kurang skill kuliner hanya hidang yang seperti ini jika tidak dibakar.  Sambal sotong ker apa memang tak pernah pula mereka sediakan.  Kalau pasal beracun pula, kena tanya yang pakar dan agaknya dah banyak toksid sotong terkumpul dalam badan itu yang semakin hari semakin membesar mengalahkan juara.   


Kalau berani dan minat nak mencuba boleh rujuk cara penyediaannya di sini

Wassalam.

Wednesday 26 August 2015

Pokok Cupu

Assalam...
Pertama kali terserempak pokok cupu, sekali pandang siapa yang mengenali pokok manggis dan tidak kenal pokok cupu akan kata ini pokok manggis.  Malu jer dengan konfiden kata eh ada pokok manggis, en.abe sebelah kata itu pokok cupu, cu pergi perati bawa pokok...dulu ada cerita pasal buah cupu di sini.  
Batang dan dahan pun nak sama dengan pokok manggis, bagaimanalah orang yang tak kenal pokok cupu tidak memanggil ini sebagai pokok manggis.
Kudup-kudup bunga yang akan berkembang dan membentuk buah cupu.
Bentuk bunga yang memang lain dari bunga buah manggis.   Takde stigma panjang-panjang macam bunga manggis, siapa yang biasa melihat pokok manggis ketika berbunga, meriah dan cantik bawah pokok.  Macam ada diletak hamparan baldu unggu kat bawah tu.
 Buah muda yang hanya mampu di pandang.
Berkenalan dengan pokok cupu yang ditanam di hadapan rumah Ayah Su (Felda Keratong 3).
Wassalam.

Wednesday 19 August 2015

Hand Bouquet.......

Assalam....
Satu idea mengarut bila propose ini sebagai hand bouquet, pada pandangan mata orang kebanyakkan sangat mengarut.  Tahu tak ini tangkai / ranting apa?.
Macamana ler boleh terfikir nak jadikan satu hand boquet, mentang-mentang dah dekat sangat hari kenduri.
 Die hard to Parkia Speciosa...
Wassalam.

Wednesday 5 August 2015

Dinner In The Sky

Assalam...
Terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi tidur malam tadi, datang makan ke sini.   Walhal bangun tidur masih makan bersila di atas tikar terbang dalam sangkar burung.
Ada berani nak makan di atas awan?  cabaran untuk mereka yang gayat.  Kalau saya berani, tapi tengok rega, mak datuk....alamat mimpi di siang hari sajalah.
Sape nak pergi, dipersilahkan, baru dilancarkan di KL minggu lepas.  Harga promosi RM959, kalau tak RM1099.
Wassalam.