Monday 12 October 2015

NASI BERLAUK - AIR DINGIN

Assalam...
Pagi kedua di hari raya korban baru ini, saya dan geng gurgirl sampai di  Kota Bharu untuk menghadiri majlis kesyukuran kawan kami di Pasir Pekan. Terima kasih en.Abe yang beriya-iya bagi saya pergi sebagai peneman kepada 2 orang yang belum pernah menjejakkan kaki ke negeri ini. Sahabat kami dengan sukacita datang menjemput di lapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi itu.  Keluar dari lapangan terbang, sahabat kata nak kena buat u-turn sebab nak pergi beli Nasi Air Dingin, gerai terletak di tepi jalan berhadapan lapangan terbang.  Menurut sahabat nasi berlauk air dingin memang terkenal hingga ke Putrajaya.
Sebab terkenal, jadi teruja nak rasa, lupakan hasrat nak cari nasi kerabu.  Lagi pun banyak gerai dan kedai yang masih tutup sebab cuti hari raya di Kelantan mereka sambut beberapa hari.  Nasi berlauk dan nasi dagang sebungkus RM3.00 ini harga Kota Bahru, kalau harga di Lembah Klang tak tahu pula berapa.
Alamat pengusaha nasi air dingin,  walaupun tiada nombor phone, facebook atau IG, tapi nasi air dingin ni sudah terkenal hingga ke Lembah Klang.  Siap angkut naik kapal terbang lagi.  Hebat tak hebat...
 Nasi bungkus saya berlauk gulai ayam.
Nasi berlauk dah selamat dan licin, top up pula dengan bihun goreng yang disediakan oleh tuan rumah.  Memang sedap dan terbaik sarapan pagi tu.
Terima kasih Maz dan keluarga sediakan kami hospitality yang terbaik dan makanan yang sedap.
Wassalam.

Sunday 11 October 2015

ETOK...

Assalam...
Dah lama dengar pasal etok ini, dari rakan-rakan Kelantan masa kerja kilang dulu.  Tak tahu sebenar apa benda etok tu, bila tanya siput ker, di jawabnya, dok, etok buke sipuk.  Lepas beberapa lama baru tahu inilah yang mereka panggil etok, kita mungkin panggil sejenis siput remis atau lala kot.
Singgah beli di gerai tepi jalan dekat Penambang masa perjalanan balik dari PCB ke chalet.  Ketika menghala ke PCB nampak dalam dulang tu penuh lagi.  Makcik penjual tu toleh pada kami nak bagi tahu etok dah habis.
Tapi kalau dah rezeki, orang yang terdahulu beri kami sebungkus etok bahagiannya untuk kami beli.  Sebungkus siya (RM1.00) jer harganya.
Sesampai di chalet, sambil tunggu giliran nak guna bilik air, bolehlah makan etok dan lebihan sata yang di beli ketika di Pantai Cahaya Bulan (nama lamanya Pantai Cinta Berahi).  Tapi petang tu dapat etok kecil-kecil, semasa di rumah Mok Nik (tumpat) hari tu dapat etok besarlah sikit, jadi isi pun terasalah kan.
Menurut sahabat saya, etok ini mereka cari di tepi-tepi sungai berpasir.  Diperap dengan serai dan herba sebelum disalai.
Tetapi petang itu, saya seorang saja yang perabih etok ini, tak boleh nak kata apa sahabat yang seorang memang tak adventure pasal makan, takut sakit perutlah apa lah, seorang lagi takut gigi pecah, sebab nak makan etok ini kena gigit untuk pecahkan cengkerangnya. 
Wassalam..

Terapi Wanita...

Assalam...
Sesekali mengikut mereka rewang geng sehati yang banyak jiwa di pasaraya mencari barang keperluan.  Mula-mula cari benda yang diperlukan, dah dapat kami lepak sambil minum petang di food court sementara menunggu satu group lagi sampai.
Ghairah shopping sentiasa ada, tapi sekarang jiwa lebih pada tengok dan lepas. Ambil lagi dan banding, lepas.  Ambil lagi pastu puji, cantiknya, kemudian tinggal, tak diperlukan pun.  Sudahnya aku penat dan lapar, jom pergi makan.  Order makan dan minuman.  Nikmati rezeki sambil bersantai tanpa rasa nak cepat, tak perlu lagi nak berebut-rebut, main tarrik-tarik dengan orang lain, apa yang ada dalam bakul promote.  Kami buat sessi pandang dari atas, pakukan punggung di kerusi.  Group yang satu lagi dah selamat ikut serta gerombolan manusia yang sedang berebut-rebut barang lelong.
Bagi mereka masa mencari yang dihajati, sementara kami teruskan menikmati rezeki di depan mata.  Pujian pada makanan petang itu, semua memenuhi citarasa, topik harga teh o tak lepas, harga sini lebih murah tapi mustahil lah boleh mengeteh di sini selalu.
Kalau nak kira beg plastik tu, tak banyak, sebab sessi terapi tu banyak kali terjadi dalam setahun dan di tempat lain juga.  Hari itu ada terdengar dalam radio, sekumpulan wanita seramai 4 orang dari luar daerah datang buat terapi, sehari mereka boleh habiskan dalam belasan ribu RM.  Apa-apa lah kan, poket masing-masing jangan terapi itu bertukar jadi sessi meratapi sudah.
Hasil dari sessi terapi hari itu, maka bertukarlah nasib selipar cap ayam hitam yang telah berhidmat lebih dari setahun menggalas beban yang makin hari makin berat.
Wassalam.

Thursday 8 October 2015

Timun Betik @ Rabisse' Bersantan

Assalam...
Entri berkaitan pasal timun betik aka rabisse' ni, dah diceritakan di sini.  Sakarang baru saya nak "hegeh-hegeh" (istilah apek tempat saya ini) share cara yang selalu tok nenek saya buat.  Tok nenek orang lain mungkin lain pulak kekdahnya. 
Kisah timun betik ini pun dah lama dah jadi darah daging, beli 2 biji ketika berkunjung ke negeri cek siti wan kembang.  Sebiji telah selamat dikenduri ketika masih di Pahang lagi.  Tapi sambutan tak berapa menggalakkan oleh ahli-ahli di sana, tak ramai yang suka makan, mungkin sebab tak biasa atau tak sesedap kek coklat.  Fanatiknya saya seorang jer dan sudah pastilah setiap suapan itu betul-betul dinikmati dan terasa amat bernilainya nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Sesampai di PJ pulak, tak berlengah nak perkenalkan dengan sahabat kami, orang muda, orang zaman lah.  Walaupun membesar berlainan zaman tapi kesukaan kami sama, minat akan makanan dari sumber asli, sama-sama minat slow food konon-kononnya.
Oklah, panjang pula bebelnya... Nak sediakan timun betik seeloknya guna santan yang segar untuk rasa yang lagi sedap, bukan guna santan yang dalam kotak atau serbuk tu. Alternatif bagi yang rajin, kukur buah nyor dan perah santan sendiri.

Timun Betik @ Rabbise' Bersantan 
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
Buah timun betik
Gula merah / Pasir
Santan segar
Sedikit garam

Cara Penyediaannya
* Kupas, bersihkan dan potong dadu buah timun betik.
* Satukan santan bersama gula dan garam.  Kacau hingga gula larut.  Ada sesetengah orang didihkan sekejap atau menggunakan air panas mendidih ketika memerah santan untuk menghalang santan cepat basi.
* Campuran santan dengan timun betik.  Gaul hingga sebati dan biar seketika di dalam peti sejuk.
*  Kalau tak suka makan sejuk pun boleh, tak jadi masalah, letak dalam suhu bilik saja.
 
Wassalam.

Sunday 4 October 2015

KEK GULA HANGUS AKA KEK DUNLOP..

Assalam....
Antara kek kegemaran keluarga terutama mak saya.  Kenangan semasa baru mula tumbuh jadi anak dara di kampung, mak selalu pesan intai-intai tukang masak di rumah kenduri ketika sediakan kek ini (selalu mereka ada rewang sehari dua sebelum berlangsung hari besar semata-mata untuk memasak kuih muih).  Kita pun pulun lah duduk dapur dan tengok dengan mata tak berkedip nak mengingat sukatan dah langkah demi langkah, nasib baik kalau dapat tukang masak yang tak kedekut akan bagi tau resepi dan tips.  Nanti boleh praktis di rumah, tapi itulah kadang sarangnya menjadi dan kadangkala bantat.  Cuba lagi, kalau hasil bantat lagi, kita pun give up ler nak mencuba lagi.

Bila dah keluar kepompong, pesan mak tetap di ingat dan misi mencari resepi yang senang serta mudah dan yang paling penting hasilnya memuaskan.  Allah dengar niat yang baik dan dimakbulkan berkenalan dengan Roslina (bekas teman rumah bujang semasa di Penang dulu) dari dia saya peroleh resepi ini dan memang guna sampai sekarang.
 


Kek Gula Hangus
Sumber: Roslina

Bahan-bahan
7 biji telur
2 cawan tepung gandum*
2 sudu teh soda bicarbonate*
1 cawan susu pekat
2 sudu besar margerin
* Ayak bersama terlebih dahulu.

Bahan karemel (gula hangus)
2 cawan gula pasir
2 cawan air

Cara - masak gula hingga perang dan masukkan air, masak hingga gula larut, tutup api dan masukkan majerin.  Ketepikan (sejukkan).

Penyediaannya
* Pukul telur hingga kembang, masukkan susu.
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Tuang air gula, gaul hingga sebati (tapis adunan jika berketul-ketul).
* Bakar dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin lebih kurang 60 minit dengan suhu 180'C atau bergantung pada jenis oven.


Kek ini sebenarnya banyak nama, mengikut tempat agaknya.  Dikenali sebagai kek sarang semut, kek sarang lebah, kek gula hangus.  Tapi paling win, orang kampung saya panggil ini kek dunlop, bukan sempena nama tayar janama dunlop tu, tapi nama sempena nama jenama tilam dunlop berspring menggantikan tilam kekabu orang dulu-dulu yang keras kematu.  
Wassalam.

Mencari Sinar Mentari...

Assalam..
Keadaan jerebu sekitar kawasan kediaman, gambar pagi semalam sebenarnya semasa keluar mencari rezeki.
Pagi ini keadaan tetap sama atau mungkin lagi teruk dari semalam.  Semalam check bacaan tapi jadi musykil, mungkin tersilap menerjah laman yang sepatutnya.
Keadaan API pada pagi ini, rupanya kita dalam zon sangat tidak sihat dan jiran sebelah pada tahap berbahaya.

Rasa nak balik kampung jer sementara waktu ini, tapi tak boleh bercuti selagi big boss punya projek tak settled.
Wassalam..