Sunday 11 October 2015

ETOK...

Assalam...
Dah lama dengar pasal etok ini, dari rakan-rakan Kelantan masa kerja kilang dulu.  Tak tahu sebenar apa benda etok tu, bila tanya siput ker, di jawabnya, dok, etok buke sipuk.  Lepas beberapa lama baru tahu inilah yang mereka panggil etok, kita mungkin panggil sejenis siput remis atau lala kot.
Singgah beli di gerai tepi jalan dekat Penambang masa perjalanan balik dari PCB ke chalet.  Ketika menghala ke PCB nampak dalam dulang tu penuh lagi.  Makcik penjual tu toleh pada kami nak bagi tahu etok dah habis.
Tapi kalau dah rezeki, orang yang terdahulu beri kami sebungkus etok bahagiannya untuk kami beli.  Sebungkus siya (RM1.00) jer harganya.
Sesampai di chalet, sambil tunggu giliran nak guna bilik air, bolehlah makan etok dan lebihan sata yang di beli ketika di Pantai Cahaya Bulan (nama lamanya Pantai Cinta Berahi).  Tapi petang tu dapat etok kecil-kecil, semasa di rumah Mok Nik (tumpat) hari tu dapat etok besarlah sikit, jadi isi pun terasalah kan.
Menurut sahabat saya, etok ini mereka cari di tepi-tepi sungai berpasir.  Diperap dengan serai dan herba sebelum disalai.
Tetapi petang itu, saya seorang saja yang perabih etok ini, tak boleh nak kata apa sahabat yang seorang memang tak adventure pasal makan, takut sakit perutlah apa lah, seorang lagi takut gigi pecah, sebab nak makan etok ini kena gigit untuk pecahkan cengkerangnya. 
Wassalam..

No comments:

Post a Comment