Thursday 8 October 2015

Timun Betik @ Rabisse' Bersantan

Assalam...
Entri berkaitan pasal timun betik aka rabisse' ni, dah diceritakan di sini.  Sakarang baru saya nak "hegeh-hegeh" (istilah apek tempat saya ini) share cara yang selalu tok nenek saya buat.  Tok nenek orang lain mungkin lain pulak kekdahnya. 
Kisah timun betik ini pun dah lama dah jadi darah daging, beli 2 biji ketika berkunjung ke negeri cek siti wan kembang.  Sebiji telah selamat dikenduri ketika masih di Pahang lagi.  Tapi sambutan tak berapa menggalakkan oleh ahli-ahli di sana, tak ramai yang suka makan, mungkin sebab tak biasa atau tak sesedap kek coklat.  Fanatiknya saya seorang jer dan sudah pastilah setiap suapan itu betul-betul dinikmati dan terasa amat bernilainya nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Sesampai di PJ pulak, tak berlengah nak perkenalkan dengan sahabat kami, orang muda, orang zaman lah.  Walaupun membesar berlainan zaman tapi kesukaan kami sama, minat akan makanan dari sumber asli, sama-sama minat slow food konon-kononnya.
Oklah, panjang pula bebelnya... Nak sediakan timun betik seeloknya guna santan yang segar untuk rasa yang lagi sedap, bukan guna santan yang dalam kotak atau serbuk tu. Alternatif bagi yang rajin, kukur buah nyor dan perah santan sendiri.

Timun Betik @ Rabbise' Bersantan 
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
Buah timun betik
Gula merah / Pasir
Santan segar
Sedikit garam

Cara Penyediaannya
* Kupas, bersihkan dan potong dadu buah timun betik.
* Satukan santan bersama gula dan garam.  Kacau hingga gula larut.  Ada sesetengah orang didihkan sekejap atau menggunakan air panas mendidih ketika memerah santan untuk menghalang santan cepat basi.
* Campuran santan dengan timun betik.  Gaul hingga sebati dan biar seketika di dalam peti sejuk.
*  Kalau tak suka makan sejuk pun boleh, tak jadi masalah, letak dalam suhu bilik saja.
 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment