Saturday 28 November 2015

Buah Gorek...

Assalam...
Masa bertanyakan dengan si penjual akan nama benda ini.  Kedengarannya si pejual kata buah korek, dan diceritakan juga khasiatnya dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.  Hasil bertanyakan dengan pokcik google, buah ini di kenali sebagai buah gorek.  Gorek dan korek lebih kurang jer bunyinya.  Terdapat banyak dijual oleh pengerai di Pasar Wonomulyo, Sulbar, Indonesia.
Wassalam.

Sunday 15 November 2015

Keropok Keju @ Maruku Cheese

Assalam...
Resepi maruku sempena diwali hari itu, tapi bukanlah dipelajari dari rakan-rakan india saya tapi dari ibu sedaraku Hajjah Jumria (panggilan glamer Petta Jume' dari anak-anak saudara). Mereka panggil keropok keju, tapi sebab acuan dan bentuk macam muruku saya bagi nama maruku cheese.  
Bahannya lebih kurang saja.  Kalau muruku indian kebanyakkan guna tepung kacang dhall (tepung muruku) dan ditambahkan dengan campuran rempah kari yang menjadikan rasanya pedas-pedas berempah.  Tetapi muruku yang ini rasanya sedikit manis dan masin, menggunakan tepung pulut dan janji kena ada parutan cheddar cheese (keju cheddar).

Keropok Keju (Mukuru Cheese)
Sumber: Petta Jume'

Bahan-bahannya
3 paket tepung pulut (500gm per pkt)
250gm parutan keju cheddar
6 biji telur
1 sudu teh chicken stock (saya gantikan dengan garam)
1 gelas gula
3 gelas air
Minyak untuk menggoreng


Penyediaannya
* Pukul telur dan gula hingga kembang.
* Masukkan parutan keju, chicken stock dan gaul rata.
* Masukkan tepung dan gaul rata.
* Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan sehingga tidak melekat pada tangan.  (Boleh test pada acuan, tekan adunan guna acuan, kalau susah tekan tak keluar maknanya adunan terlalu keras, adunan keluar sendiri tanpa menekan acuan tu maknanya terlalu cair.)
* Panaskan minyak, pam adunan guna acuan muruku ke dalam minyak panas.  Guna api yang sederhana ketika menggoreng.
* Balik-balikkan muruku supaya warna dan masak sekata.  Angkat, toskan minyak dan sejukkan muruku terlebih dahulu.
*  Kerat pendek-pendek dan simpan dalam bekas kedap udara.

Lepas goreng, sejukkan, kerat-kerat (patahkan guna jari jer) dan simpan dalam bekas kedap udara ya.
Wassalam.

Wednesday 11 November 2015

Senja Di Polewali.

Assalam...
Terjumpa pantai ini secara tak sengaja.  Dalam perjalanan balik dari Soppeng ke Matakali, en.Abe tukar driver pertama mengemudi walau dia tiada surat izin mengemudi.  So bila ternampak ada road block di depan cepat-cepat dia belok masuk kawasan kampung dan di hujung kampung jumpa pantai yang tiada seorang pun antara kami yang tahu namanya.  Yang pasti dalam kawasan Polewali.
Gambar atas, ketika melewati pesisir pantai Mirring.  Takde permintaan untuk singgah ambil gambar di sini sebab tu driver menonong jer.
Inilah pantai dihujung kampung yang ditemui, konon-konon sengaja nak singgah bersiar-siar. 

Sebelum beredar dari pantai, sempatlah ambil gambar suasana pantai dan senja...gambar orang-orang yang bersama dalam kembara tiada.  Semua dah kepenatan dan tidak sabar nak meluruskan sendi-sendi.  
Gambar di bawah senja dari tempat main layang-layang, Desa Indu Makkombong, Matakali.
Wassalam.

Monday 9 November 2015

Main Layang-Layang

Assalam...
Semasa negara mengalami musim jerebu lepas, di sudut lain dunia dilanda kemarau panjang. Musim kemarau saat dan waktu yang tidak disukai oleh para pesawah kerana akan menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti harian mereka di sawah.  Mereka yang bersumber ekonomikan hasil daripada sawah juga pasti akan terjejas kerana kurangnya hasil tuaian.
Kawasan lapang ini adalah sawah padi yang bertukar menjadi padang untuk bermain layang-layang.  Aktivit riadah sebahagian penduduk kampung yang tidak boleh bersawah padi kerana bendang yang kering kontang ekoran kemarau panjang.
Setiap orang yang hendak ikut bertanding akan didaftarkan dan dikenakan bayaran.  Kutipan itu nanti yang akan digunakan untuk membeli hadiah bagi pemenang.
Petugas yang bertangunggjawap memulakan pertandingan dan membuat pengumuman ranking setiap pasukan.
Para peserta yang bersiap sedia untuk menaikkan layang-layang.

Gelagat para peserta, pengadil dan pemerhati yang berada di tengah sawah.  Yang pasti semua akan mendongak bila layang-layang berada di udara.




Macamana mereka mengadili untuk mencari pemenang saya pun tak tahu.  Adakah markah diberi pada ketinggian, bunyi atau dari segi rupa/ design layang-layang.  Layang-layang mereka lebih kurang sama saja saiz dan bentuknya, cuma warna yang berlainan.  Tidak jumpa pula yang bentuk macam-macam.
Menurut seorang pemerhati, markah diberi pada darjah ketegakkan layang-layang semasa di udara mengikut kiraan masa yang ditetapkan.  Kiraan markah diukur pada setiap pemegang tali,  tali yang paling tegak hampir bersamaan dengan 90' (darjah) itulah pemenangnya.
Wassalam.

Sunday 8 November 2015

Main Masak-masak....

Assalam....
Cerita lama baru nak up jer....ini bila geng-geng keras semua bercuti serentak, mulalah plan nak buat macam-macam bersama-sama.  Nak keluar pepagi pergi sarapanlah, keluar shoppinglah, keluar jalan-jalanlah, atau berkumpul di rumah salah seorang geng.  Selalu tempat yang jadi tumpuan adalah kediaman geng yang ada rumah dan  tangga.   So tuan rumah kena fahamlah kan, kena masak dan sediakan makanan.  Kadang-kadang plan cantik dah, tapi, endingnya masing-masing mengeram di rumah sendiri atau salah seorang ada hal tak boleh join menyebabkan plan terpaksa ditunda.
Kali ini tempat berkumpul di rumah orang bujang, rumah diorang ini macam gudang makanan.  Memang banyak benda makan terutama jajan tapi selalu expired sebab tak termakan.
Kalau tak silap ini semasa cuti hari malaysia, dah lama kan, esok lusa ane muruga pudan ah nak sambut depavali...tin aci muruku pun dan bersusun-susun kat dapur tu?
Lepas ini, lama lagi lah nampaknya ada peluang main masak-masak begini sebab seorang tu baru bertukar department.  Faham-faham jelah tukar tempat baru, macam tukar kerja baru, banyak yang kena belajar dan uruskan sementara nak jadi master kan.
Menu utama aktiviti masak-masak kami hari itu adalah laksa sarawak.  Sempatlah tengok cara orang Limbang buat laksa sarawak.  Resepi kemudian-kemudian saja...
Wassalam..