Monday 4 January 2016

Cerita 3K Vaucher Aeon

Assalam....
Alkisah en.Abe pergi dinner yang dianjurkan oleh tempat kerja.  Dinner pun kira buat julung-julung kali, bukan acara tahunan, jadi haruslah tak lepaskan peluang lagi satu sebab kira staff junior tempat tu, kena pergi jugak walaupun keesokan harinya dah janji dengan kawan baik kampung untuk attend wedding diorang pepagi.  Faham jerlah kalau dinner tu mesti selesai dekat tengah malam.  Balik dinner jam 12.30, bertolak dari rumah, singgah ambik adik lagi, 1.30 pagi mulakan perjalanan balik kampung.   Perjalanan 3 ke 3.30 jam jika memandu terus, kalau singgah rehat apa semua haruslah sampai dekat-dekat azan subuh berkumandang.  Tetapi malam tu, agaknya mata en.Abe segar sebab aura dari vaucher 3K yang dapat dari cabutan bertuah, drive tak henti sedar-sedar sampai depan rumah jam 4.00 pagi.

Sebelum en.Abe balik umah dari dinner sempat intai fb dia, kot-kot ada kawan-kawan dia yang up date pasal dinner.  Memang ada, happening, amboi riang-ria semua bergambar dengan hadiah kat tangan masing-masing.  Tapi gambar tak boleh percaya sangat, dia boleh jer pinjam hadiah kawan-kawan untuk ambil gambar kan, dari mula memang tak harap apa-apa kan, kalau namanya cabutan bertuah tak pernah dapat hadiah best pun jauh sekali grand prize.  Sesampai di rumah, dia hulurkan sampul surat putih berisi vaucher-vaucher tu.  Tak sempat nak kira pun, letak balik dalam sampul dan kami bergegas balik kampung.  


Beberapa kali jugaklah berulang alik ke aeon dalam misi menghabiskan vaucher tu.  Kalau rajin beratur pergi hari ahad, sebab hari ahad istimewa sikit.  Lepas belanja boleh claim lagi vaucher mingguan, jadi bolehlah menambah vaucher dan belanja lagi.  Bila dapat rezeki tergempak ini, dapatlah tunaikan hajat seseorang yang istimewa nak bagi tv flat screen yang dah lama diidamkannya.  Rezeki Allah bagi kena nikmati bersama-sama terutama untuk ahli keluarga kan.


Ini last vaucher yang tinggal, simpanlah buat kenangan lagi pun takde tarikh luput, boleh guna sampai bila-bila selagi aeon wujud.  Mula-mula memang rasa banyak tapi kalau bukit sekali pun asyik di tarah jer landai jugak.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment