Friday 22 January 2016

Pokok Serai Kayu..

Assalam...
Agak lama juga saya dah mencuba pucuk ulam yang satu ini cuma namanya di sebut berlainan di beberapa tempat yang membuatkan saya keliru dan menyangkakan daun pokok yang berlainan.  Sewaktu kecil saya dah kenal daum salam melalui saudara yang selalu meletakkan daun tersebut dalam sayur lemak nangka (cuma mereka selalu menggunkan daun yang agak matang bukan pucuk).  Di Kedah pula, Mak Andak selalu hidangkan ulam yang dikenali sebagai pucuk samak.  Bila berkeluarga dengan orang pantai timur, mereka kenalkan saya dengan pucuk serai kayu.



Pokok serai kayu yang dibiar boleh menjadi pokok setinggi ini.  Antara kayu keras yang boleh dibuat perkakas rumah menurut sahabat saya.

Sebagai rujukan akan datang, sebab saya selalu keliru dengan 2 jenis ulam ini.  Senang nak membezakan antara pokok serai kayu dan tenggek burung.  Kiri pokok serai kayu dan gambar kanan pokok tenggek burung.

Gambar atas pucuk serai kayu dan yang bawah itu pucuk tenggek burung. 

Kedua-dua ulam ini juga mempunyai rasa yang berbeza, serai kayu ketika memakannya baru terasa bau wangi manakala pucuk tenggek burung berasa lemak-lemak kelat.


Pokok serai kayu yang saya jumpa di tepi rumah sahabat saya di Pasir Pekan, Kota Bahru Kelantan.

Pokok serai kayu, pucuk kayu yang selalu dijumpai di pantai timur sebagai ramuan wajib dalam nasi kerabu, nasi kerabu asli kena ada pucuk ini kata mereka.  Mungkin hanya fakta daripada mereka yang selalu menggunakannya, kesahihan fakta perlu rujukan selanjutnya dari mereka yang pakar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment