Monday 15 February 2016

Ayam Masak Merah Ala Ulik


Assalam...
Atas permintaan adik sepupu untuk dibuatkan ayam masak merah seperti yang mak dia selalu masak. Aduh memang pening  dibuatnya, nak buat pun jadi serba salah, mana pernah tengok mak dia sediakan menu tu.  Setiap kali datang asyik minta benda yang sama, fahamlah kita tanda-tanda orang rindukan maknya di kampung.  Bila  tanya dia menu, lagi tak membantu, budak zaman sekarang mana nak masuk dapur, masuk time dia lapar jer.  Masak jer janji warna merah dan sedap katanya sambil dia sibuk mengingati bahan-bahan yang selalu mak dia gunakan, antara lain di sebutnya adalah susu cair.
 

Ayam Masak Merah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong kecil dan perap bersama garam, kunyit dan bawang putih tumbuk.
5 biji cili merah*
5 biji cili padi* (jangan letak kalau tak suka pedas)
4 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
1 inc. halia*
2 batang serai*
2 biji buah keras*
Sedikit susu cair
Garam, Gula dan serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya.
* Goreng ayam terlebih dahulu.
* Kisar bahan bertanda '*' dan tumis hingga naik minyak dan wangi. 
* Masukkan garam, gula, bahan perisa dan sesuaikan rasanya.  Boleh masukkan bawang besar yang dihiris bulat.
* Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Gaul dan sebatikan dengan kuah.
* Biar agak kering sedikit atau suka yang berkuah.
* Letakkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
 


Seronok tengok dia makan dengan berselera, siap minta tapaukan lagi.   Agaknya sama lah tu dengan ayam masak merah mak dia.  Kalau tak sama pun, takpe sebab mana ada orang yang boleh challenge dengan masakan mak kita sendiri kan?  Apa-apa pun masakan mak kita yang terbaik walaupun hanya lauk yang simple.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment