Friday 5 February 2016

Pecal Mak Ros...


Assalam...
Ini bukan pecal yang saya buat, tapi yang dibeli dari penjual pecal yang menjaja pecal setiap pagi keliling kampung mengunakan basikal.  Penjual tu bernama Mak Ros.  Ini sebab rindu nak makan pecal Mak Ros, pulak jauh, entah bila dapat merasa lagi.  Lepas mak ros habis berjualan pecal, mak ros mengambil upah mengurut orang yang baru lepas bersalin atau sesiapa saja yang memerlukan khidmat mak ros (perempuan saja).
 

Bahan utama pecal Mak Ros, betik muda, sayur kangkung, nasi impit, kerepek dan kuah kacang.
 

Nampak kuah kacang tu macam cair jer, tapi rasa dia memang sedap.
 

Susun nasi impit dalam pinggan, letak hirisan betik, kangkung, pecahkan kerepek ubi (opak ubi) atasnya kemudian siram dengan kuah kacang dan kuah cili......Wallaa sedapnya.
 

Mak sejak akhir-akhir ini agak memilih untuk makan sayur, pecalnya hanya nasi impit, kerepek dan kuah kacang seperti ini.  Satu lagi tak nak pedas. 
 

Cuba teka berapa agak-agak harga sepinggan pecal seperti gambar di atas? 
Pecal yang complete bahan dan sayur-sayuran semua, nilai kalau dalam ringgit kurang daripada 2 ringgit dan yang tanpa sayur hanya 1 ringgit sahaja.  Murah sangat kan tanpa GST lagi.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment