Monday 15 February 2016

Sambal Sotong Petai 2 Batu


Assalam...
Nama 2 batu tu, saja letak sempena dapat bekalan petai dari 2 tempat yang namanya bermula dengan nama batu.  Petai dari Batu Kikir Negeri Sembilan pemberian kawan (isi petai pendek-pendek dan bulat kecil) dan petai dari Batu Balai Jerantut, Pahang kiriman dari ibu mertua (isi petainya besar dan lebar).  Kalau dapat petai memang suka buat sambal sebab kurang gemar nak makan sebagai ulam mentah melainkan petai jeruk.
 

Buat sambal pula lebih suka menggunakan cili merah atau cili hidup berbanding menggunakan cili kering.  Sebab itu warna sambal tak merah menyalah dan tak cantik.  Saya tak suka nak makan benda cantik dan sedap (alasan tak boleh blah), yang penting sedap pada tekak sendiri.  Tapi hari itu buat banyak jugak, licin jer orang lain makan.  Tak boleh jadikan kayu pengukur sebenarnya, sebab benda sedap dan cantik ini adalah subjektif.  Sedap pada tekak saya, pada tekak orang lain mungkin tidak.


Sambal Sotong Petai
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1kg kepala sotong - bersihkan buang
10 biji cili merah*
8 biji cili padi* jika nak pedas
5 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
1 inc. halia*
1 biji buah keras* 
2 biji tomato*
1 inc. belacan* jika suka
1 mangkuk isi petai
Sedikit air asam jawa
Garam, gula dan bahan perasa
Minyak untuk menumis.


Cara Penyediaannya 
*  Blend halus bahan bertanda '*'
*  Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.
*  Masukkan kepala sotong, dan air asam jawa.  Biar hingga kuah sambal agak kering sedikit.
*  Masukkan isi petai (ada orang bagi tips, kalau nak kurangkan bau petai, petai kena goreng dahulu), tapi saya suka jer masukkan mentah-mentah gitu.
*  Bila petai agak layu, perasakan dengan garam, gula dan tambah serbuk perasa.
*  Tutup api dan bolehlah dihidang.

 

Ada orang tak nak geng sebab saya suka makan petai, busuk katanya.  Busuk-busuk pun ada khasiatnya, paling nyata pada saya bila dah makan petai senang nak membuang...ngeh ngeh ngeh. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment