Tuesday 31 May 2016

Harumanis Sabah


Assalam.
Betul ker di Sabah pun ada buah pelam Harumanis?  Yang saya tahu kat Perlis jer, nampaknya banyak benda saya tak tahu.  Sekarang ini memang tengah musim Pelam Harumanis, kalaulah Perlis itu dekat dah lama dah pergi beli, tak dapat harumanis pun, boleh borong pelam sala dengan rega murah, pernah dulu beli dengan harga RM1 sekilo, tapi itu dululah masa tinggal belah utara, sekarang mesti harga dah naik.  Dok berkira-kira nak order online, tapi harga boleh tahan jugak.
 

Ini Harumanis yang saya beli di pasar besar Kota Kinabalu Sabah.  Pasar searea dengan pasar malam, pasar kraftangan (pasar pilipin panggilan orang tempatan).  Kalau pergi Sabah, mana-mana pasar pilipin memang tak asing dengan jualan buah mangga sama ada mangga muda atau mangga masak. Pemandangan biasa dan sepanjang tahun ada jer orang yang berjualan mangga.
 

Ketika lalu satu gerai itu, terpandang tanda harga buah harumanis.  Langkah kaki pun jadi terberhenti sebab macam tak percaya.  Aik harumanis yang tak cukup bekalan di Perlis boleh pulak dijual sampai ke Sabah?.  Ini klon yang di import dari Thailand atau Filipina kot, kata saya pada geng kaki bertaik lalat.  Ini harumanis tempatan dari Papar, Harumanis Sabah, ramai orang semenajung beli bawa balik, jurujual tu bagi penerangan.  Oklah, saya ambil 2 biji nak try betul ke idok ini harumanis walaupun bentuk buah dah sama.  Beli 2 biji jer cam kedekut sangat tapi sebab luggage dah over weight ekoran ada penambahan last minute 3kg ikan bilis..huhuhu.  Pilih buah yang mengkal sebab tak nak jadi benyek bila sampai.  Harumanis 2 biji itu cun-cun sekilo maka bayar sajala RM15.00
 

Biar jer 2 biji tu tergolek bersama barangan lain yang tak berkemas, kokonon tuannya busy sangat lepas balik bercuti.  Nasib tak beli buah yang masak, karang kempunan tak dapat makan harumanis.  Erm sedapnya, harum, rasa dia memang sama macam harumanis yang kat Perlis.  Sama kan abang rasa dia?  Ulang-ulang tanya soalan tu kat en.Abe.  Eh tapi betul ker ada pokok harumanis kat Sabah?, orang cakap boleh tumbuh kat Perlis saja.  Ini harumanis tiruan eh, nama pun pokok mesti dah di klon banyak kali.  En.Abe sengol, tak payah banyak soal makan jer, syukur Alhamdulillah dapat jugak merasa harumanis.
Wassalam.

1 comment: