Tuesday 2 August 2016

Shelloutku yang Pertama...


Assalam...
Cara makan hidangan sebegini di panggil shell out ya?  Kaedah menghidang makanan yang menjadi trend terkini.  Lauk yang terdiri daripada campuran makanan laut dan yang bercengkerang dihidang secara dilonggok di tengah-tengah meja.  Ada orang kata, shell out tu nama restoran yang mula-mula buat hidangan cara ini kemudian melekat nama tu, walaupun restoran tu nama lain dan di tempat lain.  Kira macam mee segeralah, makan jenama lain tapi still orang sebut makan maggi.  Lebih kurang gitulah mengikut pemahaman saya.  Konsep makan cara begini kalau fikir-fikir macam konsep hidangan nasi ambeng atau makan dalam dulang pun ada.  Trend ini pun cepat tersebar kalau nak tahu dah sampai ke kampung saya pun. Cuma balik hari itu tak sempat pergi mencuba.
 

Ini kami makan di restoran Periuk Belanga Kelana Jaya, mulanya kami datang nak makan soto ayam yang best di sini.  Bila belek-belek buku menu, aik kat sini pun ada buat shell out, itu yang kami cuba tu.  Menu shell outnya dimasak sambal.  Agaknya mengikut konsep restoran itu sendiri yang terkenal dengan hidangan melayu Johor terutama asam pedas.   


En.Abe makan laju lepas itu terus berhenti makan dan order air lagi.  Ingat dia malas nak perisi segala kerang-kerangan tu, tapi sebab dia kepedasan.  Dia memang jenis tak tahan makan makanan pedas, dah cuba banyak kali tapi tak boleh.  Disebabkan tak mahu membazir saya pulun habiskan juga, walaupun air hidung dah meleleh.



Lepas ini, kalau nak merasai nikmat shell out sebenar kena try di tempat lain kot.  Style masak yang lain, western style atau chinese style ker. 

Wassalam.

8 comments:

  1. trend sekarang kan shell out.. siqah tak pernah lagi makan gaya gini.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam-macam sungguh trend menikmati makanan sekarang ini...masing-masing mencari kelainan.

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Banyak tempat dh buat jualan shell out ni.
    Harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kadang ikut package...jadi untuk group tu memang eloklah.

      Delete
  3. tu la kan shellout dimana2 skrg ni..even yg buat sdiri kat umah pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat rumah suka hati nak letak banyak mana kan, tapi masa makan tu kena sepah macam tu baru ada feel dia...

      Delete
  4. Tak pernah lagi makan shellout di luar.
    Kalau pedas macam ni anak-anak pun tak makan.
    Nampak gayanya kena experiment shell out di rumah sendiri dahulu bila planning ke Tamu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau musim seafood murah di tamu, boleh buat setiap minggu Diana,
      tapi saya tak boleh makan selalu...allergic datang habis bernanah nanti.

      Delete