Monday 5 September 2016

Ayam Tempayan


Assalam...
Pernah makan ayam tempayan? saya pertama kali, ketika menghadiri jemputan kahwin di Segamat, Johor awal bulan lepas. Ayam tu bukan buat reban dalam tempayam ye, tapi di masak atau panggang dalam tempayan.  Satu kelainan cara memanggang ayam terkini, ingat dulu-dulu femes dengan ayam golek, sana sini orang sebut kesedapan menikmati ayam golek.  Sehingga ada yang syorkan, kena cuba ayam golek Pantai Dalam yang terbaik. 


Sebab kita orang sampai awal dan majlis belum mula lagi, jadi sempatlah melawat kawasan sambil meninjau pekerja-pekerja catering yang sibuk menyusun atur makanan di atas meja buffet.  Katanya ayam itu di perap selama 2 hari sebelum di panggang dalam tempayan besar.  Kalau tak sedap saja, lama tu nak perap.  



Tungku atau dapur arang yang mengandungi bara api diletakkan didasar tempayan.  Ayam perap akan disangkut dengan besi dan digantung mengelilingi mulut tempayan.   Akhir sekali tutup mulut tempayan menggunakan dulang besar.  Dengar bunyi merecik-recik lemak ayam apabila terkena haba panas dari bara api. 
 



Ingat penyamun jer yang suka pada tempayan (cerita P. Ramle dengan 40 penyamun), rupanya tokeh ayam panggang pun guna tempayan sebagai sumber rezeki.
 

Ayam panggang yang telah siap di panggang di simpan dalam tong besar kedap udara untuk memastikan ayam panggang sentiasa panas ketika dihidangkan.


Ayam tempayan yang telah siap dipanggang.


Ayam tempayan dihidang bersama sos khas, sosnya ala-ala thai cili sos lebih kurang.


Dah balik baru perasan tak ambil contact nombor orang yang buat ayam tempayan nie.  Sempat tanya harga jer, harga di kira per ekor ayam antara RM15.00 - RM18.00 seekor.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment